Selesai sudah Perhimpunan Agong UMNO 2009, yang paling jelas dari perhimpunan kali ini ialah UMNO sudah punya seorang jeneral yang cukup bijak untuk mentadbir.
Rata-rata perwakilan membawa intipati bahawa UMNO perlu berubah sekaligus membawa harapan untuk kembali menawan hati rakyat pada pilihanraya umum ke 13 nanti.
Pada Jebat UMNO tidak perlu diubah kerana perjuangan dan landasan UMNO telah digariskan sewaktu UMNO ditubuhkan lagi. UMNO ditubuhkan untuk memperjuangkan agama, bangsa dan negara. Nama nama seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein dan beberapa nama besar lain jelas menggalas tugas itu dengan baik. Jadi apa yang perlunya UMNO berubah?
Tiada apa yang perlu diubah dengan UMNO sebaliknya ahli ahli UMNO lebih lebih lagi etika orang orang UMNO yang perlu diubah. Berubah untuk tahu menjadi orang yang bersifat rendah diri, tahu bercampur gaul dengan rakyat marhaen dan yang paling penting sentiasa mendampingi rakyat. Jangan hanya sibuk ke sana ke sini menunjukkan lagak dengan kemewahan yang sepatutnya dikongsi dengan rakyat.
Ahli-ahli UMNO perlu bersyukur dengan adanya seorang jeneral seperti Dato' Najib. Jangan kerana etika bodoh yang diamalkan oleh ahli ahli UMNO, UMNO akan nampak bodoh dan Dato' Sri Najib turut akan terpalit aibnya..
Sama-sama kita saksikan adakah benar ahli ahli UMNO akan berubah selepas ini atau hanya omongan kosong pelengkap jadual perhimpunan..
p/s:Jebat tetap sayang pada UMNO..tiada parti yang lebih baik dari UMNO..
No comments:
Post a Comment