Wednesday, October 7, 2009
Bagan Pinang:Adab susila dalam UMNO
LIHATLAH PERBEZAAN ADAB DI DALAM GAMBAR GAMBAR DI ATAS. SEKUAT MANA PUN AHLI AHLI UMNO DICERCA OLEH PUAK PUAK PAS, UMNO TETAP MEMBERI KHIDMAT DENGAN IKHLAS
Jebat pinjam gambar dari minaq jinggo fotopages untuk tatapan semua khususnya rakyat Bagan Pinang.
Lihatlah kemesraan dan semangat perpaduan yang diamalkan oleh ahli ahli UMNO untuk memberi sumbangan dan khidmat tanpa memilih bangsa, agama dan latar belakang politik.
Lihatlah bagaimana mesranya Dr. Novandri memberi khidmat kepada calon PAS dalam pilihanraya Bagan Pinang (nak sebut nama calon takut Jebat salah nama kerana puak puak PAS pun tidak kenal calon ini). Gambar ini dirakamkan di sekitar Pasar Tani Batu 4, Jalan Pantai, Bagan Pinang.
Keadaan ini jelas berbeza dengan penerimaan puak puak PAS terhadap ahli ahli UMNO/BN semasa proses penamaan calon tempoh hari. Betapa rakusnya puak puak PAS memaki hamun dan mencerca orang orang UMNO biarpun seagama dan sebangsa. Di dalam siri ceramah PAS, UMNO dicerca seolah olah tidak pernah membuat sebarang sumbangan kepada sesama manusia.
Rakyat Bagan Pinang buatlah pilihan yang terbaik dengan mengundi UMNO/BN kerana jelas UMNO/BN telah banyak berjasa kepada Malaysia yang tercinta.
Kekalkan keharmonian dengan mengundi UMNO/BN. Pastikan pilihan yang tepat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment