Esok Perhimpunan Agong UMNO 2009 akan sampai ke penghujung acara. Para perwakilan pastinya mendapat nafas baru dan kembali bersemangat untuk meneruskan perjuangan.
Tabik spring pada Presiden UMNO, Dato' Sri Mohd Najib atas ucapan beliau yang jelas menunjukkan semangat juang yang tinggi. Presiden UMNO turut menyentuh asas perjuangan ahli ahli UMNO terdahulu yang tidak mengharapkan sebarang imbuhan sebaliknya berjuang atas dasar 'kesukarelaan'.
Sayap sayap parti seperti Pemuda dan Puteri (tidak termasuk Wanita) nampaknya macam dah jadi seperti orang yang hilang pendengaran. Atau mungkin kerana terlalu terikat dengan skrip ucapan yang dah disiapkan terlebih dahulu ucapan Presiden nampak seperti tidak bersambut.
Disebalik ucapan Presiden yang mengharapkan ahli ahli UMNO tidak mengharapkan imbuhan di dalam perjuangan, kedua dua wakil sayap ke perhimpunan agong ini sibuk mendesak Presiden parti untuk terus menyalurkan bantuan kewangan kepada ketua bahagian.
Ini masa dalam tempoh persidangan, agaknya seminggu selepas persidangan ini ahli ahli UMNO akan kembali kepada keadaan asal, terlalu asyik mengejar projek dan terus ingin menjadi golongan elitis.
Aduhai, benarlah kata Tun Mahathir, Najib bijak, UMNO lemah. Apalah gunanya jika Presidennya bijak tetapi ahli ahli tetap seperti dulu yang tidak mahu berjuang dengan ikhlas untuk agama, bangsa dan negara..
p/s: Jebat dah lama menjadi ahli UMNO cuma tidak pernah mengharapkan imbuhan yang datang bergolek cukuplah Malaysia aman dan sejahtera.
No comments:
Post a Comment