Friday, October 23, 2009

Bajet 2010: Benarlah, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan



Sekalung tahniah kepada YAB Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan kerana telah membentangkan belanjawan atau bajet untuk tahun 2010 yang telah dibentangkan di parlimen pada sebelah petang semalam.

Dengan mengambilkira kepentingan rakyat sebagai perkara pokok dan menjana pertumbuhan ekonomi untuk membantu meningkatkan taraf hidup rakyat jelaslah kepada semua bahawa seruan YAB Perdana Menteri untuk menjayakan gagasan 1 Malaysia bukanlah hanya sebagai satu momokan atau retorik yang bersifat gula-gula politik.

Dengan jumlah RM 191.5 billion dan hampir menyentuh untuk menyumbang kepada semua lapisan masyarakat adalah suatu usaha murni untuk menjuarai
kesejahteraan hidup.Suatu berita yang amat mengembirakan apabila ekonomi negara dijangka pulih dengan pertumbuhan 2-3% tahun depan berbanding negatif 3% pada tahun 2009.

Bajet kali ini turut mengambil kira kebajikan rakyat dengan mengambil kira kebajikan seluruh rakyat baik di bandar mahupun desa hinggalah kebajikan pemandu teksi dan pesara adalah bertujuan murni untuk menjuarai kebajikan dan periuk nasi rakyat.

Alhamdulillah dan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri dan terima kasih juga kepada Barisan Nasional.

p/s: Pasti akan ada suara suara sumbang dari sebelah sana yang mengatakan cacat cela di dalam bajet kali ini. Tapi apapun jelas kerajaan BN menunjukkan kesungguhan untuk membela nasib rakyat. Sebelah sana pula asyik berpolitik dan mengheret rakyat ke arah keganasan dan berkeliaran di tengah jalan. Rakyat fikirlah dengan waras siapa yang membantu dan siapa yang menghancurkan negara.

No comments:

Post a Comment