Wednesday, November 11, 2009
PAS:Makin hari makin gila dan dah lama gila
Agak lama Jebat tidak menulis..Sebenarnya Jebat terlalu letih dan muak melihat keadaan politik sekarang tambahan pula ada sesuatu yang merungsingkan Jebat lantas Jebat mengambil tindakan tunggu dan lihat buat seketika.
Aduhai apa punya gila PAS dengan isu bai'ah pulak..Sampai ada yang mengatakan sekiranya ada mana mana Yang Berhormat PAS melompat parti akan secara automatik menjatuhkan talak tiga kepada isterinya..Apa pandangan rakyat Malaysia dengan isu ini?Disiarkan secara jelas oleh Agendadaily.com bahawa ada orang yang mempunyai bukti tentang pengakuan akan kewujudan bai'ah seperti yang didakwa.Jebat pun telah lama mendengar tentang bai'ah di dalam PAS ini cuma Jebat tidak mahu sentuh kerana ianya melibatkan hukum hakam agama apatah lagi sehingga boleh menceraikan isteri atau dengan kata lainnya merobohkan masjid.
Di dalam Islam, perceraian adalah diizinkan tetapi amat dibenci oleh Allah.Kalau PAS mengamalkan Islam dengan benar dan lurus kenapa perkara yang dibenci oleh Allah dijadikan mainan?? Jebat dah lama percaya bahawa Nik Aziz bukanlah ulamak besar seperti yang didakwa..Jebat cuma percaya nama nama besar seperti Tuan Tulis, Tuan Guru Sheikh Mohd Said Al- Linggi, Habib Nuh dan beberapa nama besar lagi sebagai ulamak tersohor Malaysia. Jika berminat dengan berkaitan nama nama besar ulamak Melayu lawatilah merahsilu.blogspot.com.
Apalah yang ada pada Nik Aziz yang hendak dikategorikan sebagai ulamak besar. Apakah Nik Aziz ini dianggap sebagai wali oleh puak puak PAS? Kalau para rasul dikurniakan Allah dengan mukjizat dan para wali dikurniakan dengan karamah apakah Nik Aziz mempunya karamah seperti wali wali lain? Nik Aziz hanyalah insan biasa yang mencari makan dengan politik dan menjual agama demi kepentingan politik.
Ayuh! Jebat mengharapkan para isteri tampil memperjuangkan nasib keluarga mereka dari terus digadai oleh PAS.
Jangan gentar dengan Nik Aziz kerana dia bukanlah ulamak seperti yang di dakwa dan Nik Aziz juga akan tidak terlepas dari disoal di dalam kubur kelak.
Kepada Allah Jebat berserah!!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment