Tuesday, November 17, 2009
Maka Bankraplah Selangor
Budak Permatang Pauh tu akan jadi penasihat ekonomi Selangor pulak..Macam kata Tun Mahathir apa yang budak tu tau pasal ekonomi..Budak tu kalau bab bab sastera dan bahasa bahasa bombastik ni dia taulah.
Si Khalid gagap tu apasal sampai nak ambik penasihat ekonomi? Dah tak percaya dengan kemampuan sendiri untuk mentadbir atau memang tak tau mentadbir? Atau dah tak yakin dengan bayangan Azmin Ali (budak yang baru didedahkan kaya raya tu) yang khabarnya akan duduk kat kerusi empuk Menteri Besar di SUK Selangor..Dah le Khalid gagap elok ko berenti je..Nampak sangat ko tak mampu nak tadbir Selangor.Negeri yang semua orang anggap sebagai lombong mas pun kau tak boleh nak jaga inikan pulak nak jadi menteri pusat kalau budak Permatang Pauh tu jadi Perdana Menteri. Alamat melingkup Malaysia ni.
Budak Permatang Pauh tu pun dah diuji kebodohan dia kata Tun Mahathir..Sibuk dengan IMF masa kemelut ekonomi dulu..Kalau tak kerana kebijaksanaan Tun Mahathir melingkup dah Malaysia. Rakyat Selangor dah bersiap sedia ke sebelum Selangor tergadai?
Penasihat dan Menteri Besau sama sama bodoh jawabnya MELINGKUP!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Cuba kau buat research sikit. Dulu masa UMNO, jalan raya kat traffic light depan concorde tu, baru turap, seminggu dua pecah balik. Pastu turap balik, pastu pecah balik... (banyak sikit kroni UMNO dapat kontrak). Pastu skrin besar depan concorde tu pun sama je, baru repair, tiga empat hari rosak, pastu repair lagi dan lagi dan lagi.... (untuk duit poket puak UMNO gak). Cuba kau pergi duduk kat depan concorde tu skrg, lepas PR perintah ni aku senang hati je lalu kat situ hari-hari. Sekali jer repair lepas pilihanraya dulu, pastu tak rosak-rosak lah pulak.
ReplyDeleteTu belum kira aku senag hati tak bayar bil air setahun lebih dah...
Pun belum kira betapa senang hati aku bila anak-anak masuk U tak robek poket aku nak keluar belanja beribu, dapat pulak duit daripada kerajaan si khalid yang kau kata gagap tu.
Tu pun belum kira betapa sejuk mata aku memandang dah kurang tin-tin arak yang sebelum ni bersepah di buang remaja melayu islam masa zaman Brother Toyo kita dulu.
Aku ni dulu masa p/raya pun sokong pihak kau juga, pastu lepas bergelen-gelen aku telan air free dan lain-lain lagi, baru aku perasan selama hari ni aku dok kena tipu dgn berita hairan dan utusan meloya. Ada apa-apa kau nak komen?
aku setuju dengan apa yang kau kata..cuma yang aku hairankan kenapa sekarang baru kau nak perasan yang kau kena tipu? selepas bertahun tahun kau sekolah dengan free hasil dari bantuan kerajaan BN dan UMNO..adakah kau benar benar rasa tertipu atau cuma rasa kecewa kerana tidak dapat hidup mewah..aku sendiri tidak hidup mewah walaupun dah bertahun aku sertai UMNO pasal aku tidak pernah mengharapkan apa apa dari UMNO dan BN selain dari megharapkan kedamaian dan keharmonian Malaysia. Jika benar sekalipun dakwaan kau kata bahawa kroni kroni UMNO yang dapat habuan hasil dari kerja kerja menurap jalan tu pada aku itu adalah rezeki masing masing dan tidak sedikit pun aku rasa cemburu dengan rezeki yang Allah kurniakan pada seseorang. Pada aku Allah cukup adil dan cukup kasihkan makhluknya jadi sudah barang pasti setiap seorang antara kita ada punca rezekinya..Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya..Tidak kah kau rasa tertipu dengan apa yang Nik Aziz lakukan dengan melantik menantunya sebagai CEO..Aku rasa kau cukup waras untuk menilai antara tertipu dan rasa iri hati..Allah jua yang maha mengetahui..jebatberkokok
ReplyDeleteHaa..haaaa sekolah free duit BN /UMNO??? Duit tu datang dari mana? Dari poket rakyat bayar cukai. Apesal??? Orang UMNO je ker yang bayar cukai? Haaa...haaaa.... jawab!!!! Orang PAS/DAP/...satu Malaysia bayar cukai. BN dapat duit dari PETRONAS, gali minyak bumi MALAYSIA. So buat sekolah duit sapa??? Duit hasil bumi MALAYSIA. Bukan duit BN. Ko ni kena baca buku pentadbiran awam. Sapa je jadi kerajaan, boleh guna duit hasil negara untuk pembangunan. So... pasal apa aku nak kenang budi BN buat sekolah?? Sekolah tu datang dari duit poket mak bapak aku dan orang-orang PAS yang bayar cukai juga. Pendatang asing jugak yang tak bayar cukai tapi hidup senang lenang kat MALAYSIA.
ReplyDeleteApa UMNO buat utk org Melayu? Kau namakan sikit apa hak orang melayu yang tinggal? CUba kau tengok artikel 153 perlembagaan Malaysia berkaitan hak istimewa org Melayu. Disitu jelas tertulis "tanggungjwab kerajaan untuk menanggung pengajian orang melayu dengan pemberian biasiswa". Sekarang apa yang ada??? PTPN jugak.... biasiswa bagi kat kaum kerabat MCA banyak-banyak. Cuba kau pergi jenguk UiTM, student bawak BMW, harrier etc. WHY??? Cuba kau kaji betul ke UiTM utk org susah sekarang ni??? Jiran aku lepasan Matrik dapat 3.49 tak dapat masuk UiTM (kononnya kena dapat 3.5). Kawan dia anak sedara menteri, lepasan kolej swasta dapat 3.2 pun dapat masuk uitm. Cuba kau kaji berapa peratus anak menteri & suku sakat menteri/ketua UMNO dlll yang tak layak, tapi dapat masuk UiTM. Anak Mahathir pun ada (bini lain kut). Kaum kerabat MCA bangsa cina pun ada, pastu mengaku kata bumiputera sabah sarawak.... Apa kata suruh SPRM pergi kaji UiTM pulak.
Isu lantik menantu, aku tak heran pun. Cuma kalau terbukti si Arif tu songlap duit barulah aku marah. Habis tu kalau bapak kau guru besar sekolah, pastu kau memang sekolah kat sekolah bapak kau, pastu kau memang cerdik dan ada bakat kepimpinan, salah ke kalau kau dilantik jadi ketua kelas/pengawas/ ketua pengawas???
Kalau betul si Arif tu didapati seleweng, hukum jelah. Adil & saksama. Orang pakatan tak heran pun. Baguslah buang awal-awal yang mana tak amanah supaya nanti PRU13 dapat kumpul barisan kepimpinan yang telus. Mana boleh kata org PAS 100% baik & alim. Allah pun jadikan manusia di muka bumi ni ada yang baik ada yang jahat. Kalau jahat masuk jail je.
Inilah masalah UMNO. Tak boleh bersifat realistik. Open lah sikit. Yang salah tetap salah, yang betul tetap betul. Aku teringat kata-kata seorang Dr bangsa cina, orang cina ni dah ada strategi untuk mengundi. Diorang tak akan bagi menang 100% supaya dalam parlimen / DUN ada kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang. Barulah ada check and balance & telus.