Saturday, October 3, 2009

Bagan Pinang: Apabila adab Islam dan Melayu digadai




MANA ORANG ORANG ISLAM NAK LETAK MUKA DENGAN ORANG ORANG BUKAN ISLAM..!!!!

Selesai sudah proses penamaan calon pilihanraya kecil Bagan Pinang yang berlangsung pagi tadi. Bilangan penyokong yang datang hampir sama ramai tetapi terdapat perbezaan yang agak memalukan orang orang Melayu dan Islam.

Kira kira 200 ratus penyokong BN di kalangan pemuda MIC dan wanita MIC telah tersilap jalan kerana memasuki ke laluan yang dipenuhi puak puak PAS. Silap jalan bukanlah satu isu yang aku nak ketengahkan tetapi soal yang hendak aku tekankan di sini ialah adab dan tingkahlaku puak puak PAS yang begitu gah melaungkan slogan Islam.

Dengan sopan pemuda dan wanita MIC ini minta diberi laluan untuk membolehkan mereka menuju ke tempat di mana berkumpulnya penyokong penyokong UMNO dan BN. Tetapi apa yang diharapkan hanya mendapat balasan maki hamun dan kata kata lucah daripada puak puak PAS. Mujurlah ada anggota polis yang mengawal keadaan. Tidak cukup dari itu pemuda dan wanita MIC ini telah dihalau oleh puak puak PAS yang nampak seperti orang tidak siuman. Maka beredarlah pemuda dan wanita MIC tersebut setelah mendengar arahan dari pihak polis.

Agaknya macam nilah adab dan tingkah laku puak puak PAS yang kononnya melaungkan slogan Islam. Aku yang ada di situ berasa amat malu kerana maruah dan adab Melayu telah dijual serta dicemari oleh orang orang yang beragama Islam. Kalau macam nilah cara puak puak PAS berdakwah jangan kata orang orang bukan Islam berminat untuk mendekatkan diri dengan Islam tetapi orang orang Islam yang ada kalau silap gaya pun boleh keluar dari Islam puak puak ni kerjakan..

Aduhai PAS makin lama makin sesat...

1 comment:

  1. LAIN KALI BAWAK KEPALA LEMBU SEKALI KAN SENANG
    HE HE HE HE HE
    UMNO PARTI BERADAB KAHK PTUIHH!

    ReplyDelete