Tahniah kepada Datuk Ahmad Maslan di atas kurniaan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk..Walaupun agak terlambat untuk mengucapkan tahniah tetapi ucapan tahniah ini biarpun lambat tetapi ikhlas, seikhlas hati Datuk Ahmad Maslan di dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab yang digalaskan dia atas bahunya.
Membaca artikel sesi bual mesra Datuk Ahmad Maslan dan pihak Agendadaily di http://agendadaily.com/, Jebat tersenyum sendirian kerana Jebat telah mendapat sebab yang munasabah mengapa Presiden UMNO melantik beliau sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia. Jawapan yang diberikan oleh Datuk Ahmad Maslan agak bersahaja tetapi jelas menunjukkan kewibawaan beliau sebagai Ketua Penerangan UMNO. Mungkin mengenangkan susur galur kehidupannya yang amat memeritkan pada masa lampau membuatkan Datuk Ahmad Maslan bercakap dengan berpijak di bumi yang nyata dan tidak sekadar membuat omongan kosong.
Kita akan terus memerhatikan kewibawaan pemimpin muda ini di dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai Ketua Penerangan di kala UMNO tercalar luka. Jebat juga percaya pastinya ada sebab yang tersendiri apabila Datuk Ahmad Maslan diizinkan Allah s.w.t untuk memegang jawatan penting ini. Mudah mudahan tugas sebagai Ketua Penerangan ini akan digalas sebaik mungkin dan benar benar merealisasikan UMNO sebagai Juara Rakyat.
Kita percaya Datuk Ahmad Maslan adalah ibarat sebutir permata yang sedia digilap dengan kerjasama seluruh ahli UMNO khasnya dan seluruh rakyat yang akan mendoakan beliau sebagai penterjemah aspirasi UMNO untuk negara tercinta.
BRO, NAK PATUK BESAR KE? GELI GAK LE BILA AKU BACA BRO...HE HE HE
ReplyDeleteYOU MUST BE JOKING EH BRO?
joking ke bro? true story lah bro..kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai..ingat masa Bagan Pinang...ada aktiviti patukan berbisa..keh keh keh...
ReplyDeletekau kenal aku bro House PK..kita sama sama bermain ombak di pantai di kala terlihat ular yang memamtuk...hahahahhaa
hahaha...Tahniah!
ReplyDeletehahah...bahasa2 bodek jer. ada dapat upah aper-aper ker?
ReplyDeleteSEKARANG PERMATA DAH JADI TAIK....ahmad maslan yang bodoh kayu...ha ha
ReplyDeleteaku nk gurau kasar men kutuk ngn member2 skrg x guna dah ayat bodoh cm lembu... aku guna bodoh cm menteri je...
ReplyDelete