Tuesday, January 26, 2010

Kerajaan tidak berhasrat ambil tindakan terhadap bloggers yang memohon maaf


Inilah kenyataan terbaru dari Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim yang pastinya merujuk kepada kes blogger Aduka Taruna khususnya dan seluruh bloggers amnya.

Jebat mohon kita semua bertenang dengan kenyataan Rais ni. Kita semua tahu yang kes Aduka Taruna ini masih dalam siasatan polis dan atas sebab itu kita tunggu sahajalah hasil siasatan ini. Tidak ada seorang pun yang mampu mempengaruhi siasatan pihak polis waimah kerajaan sendiri. Barang perlu diingat, semua perkara yang masih dalam siasatan dan masih dalam perbicaraan tidak dibenarkan disentuh walaupun di dalam Dewan Parlimen.

Ada kemungkinan apa yang Rais utarakan ini adalah dari perspektif sebuah kerajaan yang bertolak ansur dan ini secara jelas menunjukkan bahawa kerajaan Barisan Nasional adalah sebuah kerajaan yang mempratikkan nilai nilai Islam. Benar, di dalam Islam kita digalakkan memaafkan mana mana pihak yang telah sedar akan kesilapannya. Atau dengan kata lainnya memberi peluang kedua kepada pihak yang mengakui kesilapannya itu. Kenyataan Rais ini, Jebat rasakan tidak akan mengubah pendirian 'yang salah tetap salah dan yang benar tetap benar'.

Inilah kelebihan yang ada pada kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa mendahulukan rakyat dengan memberikan keadilan tanpa mengambil kira perbedaan ideologi politik.

Apapun kita tunggu sahaja hasil siasatan polis kerana semua pihak berhak mendapat keadilan baik pada rakyat Johor mahupun Aduka sendiri. Jika Aduka didapati bersalah hukuman pasti menanti beliau dan jika tidak kerajaan Barisan Nasional telah menghadiahkan suatu keadilan yang amat nyata pada rakyat. Ini cukup jelas menunjukkan bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak pernah mencampuri siasatan polis dan mahkamah seperti yang di dakwa oleh pembangkang.

Jebat sekadar memberi pandangan dan tidak berhasrat untuk mempengaruhi pendirian mana mana rakan bloggers. Mungkin tidak selari dengan sesetengah bloggers tetapi perjuangan kita adalah sama untuk kesejahteraan Malaysia di bawah pimpinan kerajaan terbaik:BARISAN NASIONAL.

5 comments:

  1. Suarakan pandangan anda di sini http://www.facebook.com/pages/YB-DATO-SERI-UTAMA-DR-RAIS-YATIM/187549401338?ref=nf

    ReplyDelete
  2. Polis tetap jalankan siasatan kata KPN..

    Lembik betul si Rais ni.. tegas lah sedikit...

    Biar lah Polis jalankan siasatan...dah habis siasatan..baru lah buaat komen..

    Itu lah sebabnya kepala kita kena pijak...lembik...

    ReplyDelete
  3. SLM BRO..YG PELIKNYA PENYANGAK FUCKATAN PLAK YG MELALAK KATA KEMENTERIAN TAK ADIL..ADOIYAIII

    ReplyDelete
  4. BN akan tumbang di PRU13 nanti sebab hilang sokongan orang Melayu?
    Orang Melayu dihina, tak apalah.
    Agama Islam dihina, tak apalah.
    BN tumbang, tak apalah!

    ReplyDelete