Saturday, January 30, 2010
Syukur
Di saat waktu terhenti, terasa kosong akan jiwa ini..
Dimensi membutakan mata dan memekakkan telinga.
Lalu diri menjadi hampa terkesima.
Saat paradigma dunia tidak lagi di gunakan untuk menerka.
Kala itu, semua akan sedar siapa diri sebenar.
Diri kita asalnya dekat dengan Tuhan..
Tapi bila di jauhkan dari asal muasalnya,
Dia terasa hiba, terseksa, kesunyian dan menderita seperti jiwa perantau yang tercampak di bumi asing.
Sering gelisah dan mahu mengecap asal usul yang telah di tinggalkan..
Andai rintihan hati kita di abaikan, akhirnya ia akan mati lantaran sakit rindu pada asalnya..
Bawalah kembali diri kita ke asal kita dan yakinlah bahawa kita dekat dengan Allah.
Jangan seksa jiwa dan hati kita kerana sebenarnya dalam setiap ketika ia merintih ingin pulang ke asalnya dari perantauan di dunia yang melekakan ini.
Bawalah hati kita kembali ke asalnya yang sentiasa dekat dengan Allahu Jalla Jalaluhu..
Sesungguhnya jika Allah menyintai seseorang hamba, maka dia akan menenggelamkan hamba itu dalam cubaan.
Barangsiapa yang tidak pernah mengalami dan melalui musibah, maka hamba itu jauh dari kasih sayangNya. Dan sesungguhNya, para nabi yang juga kekasihNya, semuanya melalui dan mengalami cubaan yang begitu hebat.
Apalagi kita yang sekadar hamba sahaya manusia biasa...........
Andai Allah segera memakbulkan doamu, maka Allah menyayangimu.
Andai Allah lambat memakbulkan doamu, maka Allah ingin mengujimu.
Andai Allah tidak memakbulkan doamu, maka Allah merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Sentiasalah bersangka baik kepada Allah dalam apa jua keadaan jua kerana kasih sayangNya mendahului kemurkaanNya..
Pandang dan renungilah pada kasih sayang dan kemurahanNya serta takutlah pada Allah kerana azab seksaanNya.
Allah, Dia Maha mendengar semua tentangmu..
Allah, Dia Maha melihatmu.
Allah, Dia Maha mengetahui segala – gala tentangmu.
Allah, Dia sentiasa menjagamu.. Allah, Dia sentiasa mengurus dan mengurniakan nikmat padamu.
Fikir dan renungkanlah wahai orang – orang yang beriman. Kasihanilah dirimu sendiri..
Bertaubatlah, bertaqwalah dan tinggalkanlah kemungkaran.
Fahamilah akan hakikat kehidupan kerana sesungguhnya apa yang ada hanyalah satu kehidupan. Pengorbanan, biarpun pahit tetapi adakalanya ia menghasilkan buah dan isi yang manis......
Barangkali ia akan mampu untuk menjadi ubat buat hati yang hiba, sunyi sepi, terseksa dan merintih dek kejauhan dari asalnya.
Ya Rabbi. SesungguhNya sujudku pun tidak akan memuaskan inginku untuk merafakkan sembah sedalam Qalbu.
Adapun ku sembahkan rasa syukur padaMu Ya Allah.. Atas nama, kehidupan dan keluarga yang menyinta, saudara dan keturunan serta agama, nusa dan bangsa.
Dalam sedar ataupun tidak, perjalanan sejauh ini telah tertempa.. Alhamdulillah..
Pada pilihan dan kesempatan yang membuatku mengerti lebih mendalam tentang makna diri pada sebuah kehidupan.
Semoga hidup ini bakal terus di hujani dengan rahmat yang suci dariMu ya Ilahi. Mudah – mudahan ia bisa menjadikanku seorang insan yang mensyukuri akan segala nikmatMu Ya Rabbi..
Aduhai Ya Rabbi,
perbaikilah untukku dan semua akan agama yang merupakan penjaga urusanku, perbaikilah untukku dan semuanya akan dunia ini yang merupakan tempat penghidupan, perbaikilah akhirat itu untukku dan semuanya yang merupakan tempat kembali, jadikan kehidupan ini sebagai tambahan untukku dan semuanya dalam setiap kebaikan dan jadikan mati itu sebagai tempat istirehat untuku dan semuanya daripada kebencian dan kemurkaanMu..
ALLAH MAHA BESAR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment