Wednesday, January 27, 2010

Al-kisah di sebuah kampung

Rumah Tok Bijan

Al-kisah di sebuah kampung

Di sebuah kampung yang kaya dengan hasil bumi tinggallah seorang penghulu yang amat bijaksana dan mempunyai ramai anak. Tok Penghulu yang terkenal dengan nama Tok Bijan ni mempunyai ramai anak. Tok Bijan ini mempunyai ramai anak lelaki cuma beberapa kerat je perempuan. Tok Bijan ini seorang yang bijak dan amat disegani oleh penghulu-penghulu kampung lain. Sebut saja nama Tok Bijan semua orang kenal. Macam-macam kemajuan yang Tok Bijan telah buat dan akan buat. Mengikut sejarah, Tok Bijan ni mempunyai seorang Datuk yang jauh lebih bijak cuma bapak Tok Bijan je yang agak kurang bijak kerana suka tidur.

Berbalik kepada perangai anak anak Tok Bijan ini. Kesemua anak anak Tok Bijan ini berjaya menjawat jawatan yang besar dan berpengaruh di kalangan orang kampung. Yelah anak Tok Bijan siapa yang tak kenal. Ada seorang anak Tok Bijan ini seorang yang amat suka dan amat mencintai bahasa. Macam macam jenis bahasa yang dia kuasai. Kadang-kadang apa yang dia cakap ramai orang yang tak faham kerana sekejap dia cakap macam ni sekejap dia cakap macam tu. Mana orang kampung yang anak-anak Tok Bijan ni anggap bodoh nak faham. Pada suatu hari, seorang pemuda kampung Tok Bijan ditahan oleh orang kampung kerana merogol anak Mak Su, seorang peniaga kuih di kampung tersebut. Orang orang kampung tersangat marah dengan perogol tersebut dan datang membawa perogol itu ke rumah Tok Bijan. Kebetulan Tok Bijan tiada di rumah pada masa tu. Yang ada cuma anaknya yang pakar bahasa tu. Maka bertanyalah anak Tok Bijan tu pada orang kampung. ‘Kenapa kamu bawa pemuda ni berjumpa bapa saya?”. Orang kampung pun menerangkan apa yang berlaku. Anak Tok Bijan pun mengangguk-angguk kepala tanda faham lalu dia kata pada orang kampung ‘bagi pihak bapa saya, kita mesti ambil tindakan pada pemuda ni’. Tapi apa bentuk tindakan kita kena tunggu bapa saya dan kamu semua bersurailah dulu. Mendengar arahan itu orang-orang kampung pun beredar. Sebaik sahaja orang kampung hendak keluar dari pagar rumah Tok Bijan, anak Tok Bijan tadi berteriak ke arah orang kampung. ‘Kamu semua ke sini semula, ada benda aku hendak cakapkan’. Lantas orang kampung kembali semula ke arah rumah Tok Bijan. ‘Aku nak tanya pada pemuda ni tentang kesalahan dia’ kata anak Tok Bijan. Samad, yang terkenal kerana selalu tersasul di kampung bersuara, ‘Tadi masa dalam perjalanan ke sini, budak ni ada minta maaf dan kata dia menyesal’. Mendengar penjelasan Samad anak Tok Bijan menarik nafas lega lalu berkata ‘kalau dia dah mintak maaf apa lagi nak buat, lepaskan dia’. Orang kampung yang dianggap bodoh oleh anak-anak Tok Bijan saling berpandangan sesama sendiri. Ada yang berkata dalam hati ‘ Dia ni buat macam ni, Tok Bijan tahu ke?’. Orang kampung dah mula sedar bahawa anak Tok Bijan yang ni tak sepandai Tok Bijan. Selepas orang kampung beredar meninggalkan rumah Tok Bijan, anak Tok Bijan tadi masuk ke dalam rumah dan mendengar irama keroncong dan zapin di corong radio.

Rupanya orang orang kampung tadi tidak bersurai tetapi mereka beredar ke rumah anak Tok Bijan yang terkenal kerana sifat panas barannya. Sebaik sahaja anak Tok Bijan yang panas baran ni nampak orang orang kampung di hadapan rumahnya dia pun keluar lalu membawa sepucuk pistol bersama. Orang orang kampung terpekik apabila melihat anak Tok Bijan ni mengeluarkan pistol. Mereka menjangka sesuatu yang buruk akan dilakukan oleh Anak Tok Bijan ni. Rupa-rupanya anak Tok Bijan ni sekadar mahu mencium pistol tersebut. Osman, anak penghulu dari kampung sebelah yang juga terkenal dengan panas baran memekik ke arah anak Tok Bijan. ‘Yang kamu keluarkan pistol ni kenapa?’ ‘Baik kamu simpan pistol kamu sebelum aku luku kepala kamu’. Mendengar pekikan Osman tadi, anak Tok Bijan segera menyimpan pistolnya lalu berkata ‘ Aku mintak maaf Osman, lain kali aku tak buat lagi’. Orang kampung berbisik sesama sendiri ‘ingatkan berani sangat anak Tok Bijan ni’. Setelah agak reda orang kampung pun bercerita pada anak Tok Bijan ini tentang apa yang si pemuda yang ditangkap ini lakukan. Mendengar cerita orang kampung itu, anak Tok Bijan pun berkata ‘Aku kasi amaran dekat kau jangan buat lagi’. Sekali lagi Samad yang suka tersasul mencelah ‘Bang dulu dia curi rambutan saya pun abang kasi amaran je’. Anak Tok Bijan diam dan kemudian berkata ‘aku kan adik, sedangkan abang aku pun kata kalau dia dah mintak maaf, lepaskan aje dia’. Orang kampung segera beredar meninggalkan rumah anak Tok Bijan itu dan mengambil keputusan untuk menunggu Tok Bijan di masjid kerana setiap kali waktu maghrib Tok Bijan pasti ke sana.
Entah apa yang berlaku pada pemuda itu pun Jebat tidak tahu kerana orang yang cerita pada Jebat tu tiba-tiba beredar. Agaknya dia nak cepat cepat mintak maaf pada Tok Bijan kerana membuka cerita tentang kelemahan anak-anak Tok Bijan. Jebat pun nak minta maaf kerana tak dapat nak habiskan cerita ni. Jebat minta maaf kerana tidak ada niat nak membuka pekung anak anak Tok Bijan lagipun kisah Tok Bijan ni bukan realiti cuma ilusi.
Aduhai, kita sambung nanti, anak Jebat dah panggil..termakan cili yang mak dia beli tu agaknya..Pedas kot..

6 comments:

  1. Sambung cerita...

    Si perogol tadi beredar dari rumah Tok Bijan dengan hati yang GUMBIRA.
    Rupa rupanya anak saudara Mak Su dan kawan kawan nya sedang menunggu si perogol tadi.
    Apa lagi....mereka pun belasah si perogol tadi sampai mati.

    KACANG TUMBUK

    ReplyDelete
  2. Salam:-

    Termakan cili..rasa pedas...maafkanlah...

    ReplyDelete
  3. hehehe...Anwar Ibrahim Mesti Bertaubat!!!

    ReplyDelete
  4. Salam Ziarah,

    Cerita yang amat menarik tahniah bro

    ReplyDelete
  5. Salam. .

    pehh. . ini makan sipi2 ni. . mau kena gerenti panas hati. .

    ReplyDelete
  6. Sape yang makan cili n terasa pedas tu, nasihat saya, tambah2kanlah skit gula supaya kurang skit pedas tu.. ekekee...

    -Gunung Jati-

    ReplyDelete