Saturday, January 9, 2010

Musibat terang terang tuding jari pada UMNO



KUALA LUMPUR, 10 Jan: Umno tidak lagi dipercayai apabila mahkamah rakyat membicarakannya berikutan serangan ke atas beberapa gereja akibat provokasi dan eksploitasi isu penggunaan nama Allah oleh majalah mingguan Katolik, Herald, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau menyifatkan reaksi marah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berhadapan dengan persoalan yang berbangkit akibat serangan-serangan itu membuktikan betapa menggelabahnya beliau menghadapi rakyat.

Najib menuntut supaya jangan menuding jari kepada Umno berikutan serangan ke atas gereja-gereja itu sejak Jumaat lalu.
"Saya menyifatkan kenyataan tersebut menggambarkan betapa Perdana Menteri menyedari bahawa Umno dan Barisan Nasional (BN) sedang dibicarakan oleh mahkamah rakyat dan meletakkan parti dan pimpinan Umno di kandang orang salah.
"Perbicaraan dimahkamah rakyat menggambarkan Umno sudah tidak mendapat kepercayaan rakyat lagi," kata Mahfuz.
Beliau mengingatkan Najib pepatah Melayu yang berbunyi 'siapa yang menanam dialah yang menuai hasilnya'.
"Kepada Perdana Menteri, ingin saya nyatakan bahawa (tindakan) rakyat menuding jari kepada Umno dan pemimpinnya adalah berasaskan perangai pemimpin Umno yang perkauman," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Najib, kata Mahfuz, perlu mengimbas kembali peristiwa 22 tahun lalu yang melibatkan beliau sendiri sehingga mencetuskan ketegangan kaum dan membawa kepada penyalahgunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) melalui Operasi Lallang.
Para pemimpin pembangkang dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dimangsakan oleh politik jahat Umno di dalam operasi itu, katanya.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula berkata, kerajaan tidak menghalang rakyat untuk menyuarakan pendapat berhubung penggunaan kalimah Allah oleh majalah itu sebagai mengulas rancangan beberapa pertubuhan untuk mengadakan demonstrasi.
Mahfuz merujuk kepada kenyataan-kenyataan tersebut ketika mempertikaikan keikhlasan Umno dalam menyelesaikan isu penggunaan kalimah Allah.

"Umno ingat dia boleh menggunakan isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian untuk tujuan politik murahan, tetapi jelas senjata makan tuan dan rakyat tidak lagi mempercayai Umno.
"Inilah petanda Umno dan BN telah kehabisan dan kehilangan hak untuk memerintah negara," katanya.
Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat berbilang kaum dan agama agar bersama-sama dengan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) untuk ‘memuziumkan’ Umno dan BN dalam pilihan raya umum ke 13 nanti.

Kepada parti-parti kompenan BN, beliau menyeru mereka "menyingkir Umno dari BN atau meninggalkan BN untuk bersama-sama PR membawa wajah baru politik Malaysia".
PETIKAN DARI AKHABAR NAFSU SERAKAHDAILY..KALAU SEBELUM INI JEBAT TIDAK MENYATAKAN SIAPA MUSIBAT YANG MENUDING JARI KEPADA UMNO DI DALAM ISU PEMBAKARAN GEREJA TETAPI PETIKAN DARI NAFSU SERAKAHDAILY INI JELAS MENYATAKAN PUAK PUAK YANG MAIN TUDING TUDING JARI KEPADA UMNO.

MUSIBAT NI PUNYALAH BANGGA KATA UMNO/BN SUDAH TIDAK MENDAPAT KEPERCAYAAN RAKYAT DAN JEBAT NAK KATA PULAK PADA MUSIBAT NI YANG RAKYAT MASIH TERUS AKAN MEMBERI MANDAT KEPADA UMNO SEBAGAI PARTI POLITIK TERBAIK YANG ADA DI MALAYSIA. APALAH SANGAT NAK BANDINGKAN UMNO DENGAN PAS..MACAM LANGIT DAN BUMI. BAYANGKAN KALAU N.AJIS BERSIDANG DI PERTUBUHAN BANGSA BANGSA BERSATU. SELAIN BUDU YANG DIA BAWA, BAYANGKAN KALAU N.AJIS CAKAP DALAM LOGHAT KELANTAN..'I DONT KNOW SEPATE HARE'..KAHHHHH...JADI TAK PAYAH LAH MUSIBAT YANG TUDING JARI PADA UMNO NI NAK BANGGA SANGAT. LAGIPUN RAKYAT MALAYSIA TIDAK BODOH UNTUK MEMILIH BEKAS BANDUAN KAKI JUBO UNTUK MENJADI PERDANA MENTERI. EH 25HB DAH MAKIN DEKAT..GOYANG KE BRO???
KALAU MUSIBAT NI KATA RAKYAT MALAYSIA TIDAK BODOH DAN TIDAK MUDAH DIPERMAINKAN OLEH POLITIK MURAHAN UMNO, JEBAT PULAK NAK CAKAP PADA MUSIBAT NI YANG RAKYAT TIDAK BODOH UNTUK MEMILIH MUSIBAT YANG BODOH MENJADI PEMIMPIN.
TAK PAYAH CAKAP BERDEGAR DEGAR..PILIHANRAYA UMUM KE 13 KITA AKAN LIHAT SIAPA YANG BODOH. KALAU SETAKAT NAK MAINKAN PERSEPSI JEBAT BAHAWA UMNO SEMAKIN LEMAH, MUSIBAT NI SALAH ORANGLAH..RAKYAT TIDAK AKAN SESEKALI TERMAKAN DENGAN PERSEPSI MURAHAN YANG MUSIBAT NI CUBA MAINKAN...PERGI JAHANAM SAMA LU!!

2 comments:

  1. SI MUSIBAT MAHPUZ AL GONJOL IDOP KT ALAM GHAIB KOT! ATAU PUN DIA BKN DUDUK KAT MESIA TP KAT. ISRAEL. BUNYI PUN DH MCM YAHUDI MABOK JEK BROO! KEHKEHKEHKEH HARKKK PTUIHH!!

    ReplyDelete
  2. salam bro jeff..ala mahpuz bukan ikhlas sangat pun..semuanya dia buat pasal nak cari makan..politik cari makan je bro..orang lain nak mampus ke dia peduli apa yang penting dia dapat cari makan..kalau tidak tak le dia sibuk nak jadi ahli parlimen..takde sekali pun kita dengar dia cakap pasal rakyat kawasan Pokok Sena yang dia wakili..dia cuma sibuk dengan cari kesalahan orang lain..apa kata orang Pokok Sena?dah kaya raya ke sejak Mahpuz jadi wakil rakyat??

    ReplyDelete