Tuesday, January 26, 2010

Nizar tak usah bermimpi jadi MB

9hb ni akan terlerai segala teka teki siapa yang akan menerajui Perak sebagai Menteri Besar yang sah apabila Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan. Serakahdaily kata Nizar tak payah bermimpi untuk menjadi Menteri Besar Perak kerana Nizar sememangnya Menteri Besar yang sah mengikut prosedur biasa iaitu melalui pilihanraya.

Tambah Serakahdaily lagi, apapun keputusan yang akan mahkamah buat pada 9hb ni tidak akan menyelesaikan konflik di Perak. Jadi sukalah Jebat nak tanya pada Serakahdaily kalau keputusan mahkamah mengatakan yang Nizar berhak untuk memegang jawatan Menteri Besar Perak tidakkah keputusan itu menggembirakan Pakatan Rakyat? Apa yang Pakatan Rakyat mahukan sebenarnya?Jebat juga ingin menasihatkan Nizar seandainya dia di putuskan sebagai Menteri Besar Perak pada 9hb ni buatlah kerja kerja yang patut untuk mentadbir dan memajukan Perak dan tidak perlulah terlalu asyik nak berpolitik. Jawatan yang di idam sudah dapat ibarat kata pepatah 'dayung sudah di air' apalagi yang hendak Nizar sibukkan?

Dan yang paling menarik ialah apabila Serakahdaily katakan yang "sekurang-kurangnya apabila Nizar menang akan mengembalikan semula hak rakyat untuk memilih siapa Menteri Besar mereka yang sah kerana Nizar dan Pakatan Rakyat Perak cukup konsisten dengan pendirian untuk memohon perkenan Sultan untuk membubarkan DUN."-Jadi sebenarnya apa mahu Nizar dan Pakatan Rakyat?Bukankah kegilaan untuk menjadi Menteri Besar yang sentiasa memenuhkan ruang ruang mimpi tidur Nizar?Kalau dah dapat jawatan tu kenapa masih mahu bubarkan DUN yang sememangnya tidak menjanjikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat kalau diadakan pilihanraya di Perak?

Agak-agaknya pintu dan mesyuarat Dewan Undangan Negeri terlalu merisaukan Nizar..Inilah akibatnya kalau Menteri Besar tidak mendapat sepenuh kepercayaan daripada ahli mesyuarat. Kalau hari ini Nizar menjadi Menteri Besar dan esok ada usul tidak percaya padanya mungkin Nizar kena melepaskan jawatannya sekali lagi dan ini yang pastinya bersarang di kepala Nizar. Patutlah Serakahdaily kata apa pun keputusan mahkamah tidak akan selesaikan konflik di Perak.

Takkan nak mengadap Tuanku lagi dan mohon bubarkan DUN..kalau Tuanku tak perkenankan nampaknya Nizar kena turun lagi dan mana punya mahkamah lagi yang Nizar nak gunakan..mahkamah rakyat?Takkan hakim nak kena baring tengah jalan lagi..

1 comment:

  1. Salam bro, biarlah Nizar terjun dengan labu-labunya........... beruk berangan akan jatuh dari pokok kelapa...

    ReplyDelete