Showing posts with label Wikileaks. Show all posts
Showing posts with label Wikileaks. Show all posts

Wednesday, January 5, 2011

Berlaku adil lebih baik


Mungkin pepatah 'berani kerana benar' telah menggerakkan hati Rais Yatim untuk tampil memberi penjelasan. Ramai pihak yang ternanti-nanti gerak hati Rais untuk tampil memberikan penjelasan dan alhamdulillah semua yang menanti telah mendapat kata hati Rais.

Kita ucapkan tahniah kepada Rais kerana tampil memberikan penjelasan dan yang lebih menarik apabila Rais berkata tiada halangan untuk pihak polis menjalankan siasatan dan sedia bekerjasama.

Mesej yang Rais sampaikan cukup jelas..Sebaiknya kita serahkan saja dakwaan ini kepada pihak polis untuk disiasat. Jangan pula ada di luar sana yang cuba menjadi nujum dan penganalisis politik yang akan mengeluarkan teori-teori yang tidak berasas.

Jangan sampai spekulasi menjadi fitnah..Beri ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan. Pepatah 'jika tidak ada angin masa kan pokok bergoyang' eloklah tidak digunapakai buat masa ini kerana selain dari angin mungkin banyak faktor lain yang boleh menggoyangkan pokok.

Percaya saja pada kalimah 'apabila yang hak hadir pastinya yang batil akan lenyap'..

Berlaku adil lebih baik..Cukuplah angin ini bergelora...

Monday, December 13, 2010

Terdedahkah Malaysia pada bahaya?


Jangan terlalu gembira dengan apa yang Wikileaks dedahkan berhubung Nuar Berahim. Jangan terlalu memandang perkara itu sebagai satu kelebihan yang boleh digunapakai yang membolehkan kes Nuar Berahim boleh dilondehkan dengan mudah.

Bertahun lamanya kita telah sedar bahawa Nuar Berahim seorang yang cukup licik dalam permainan politik. Di dalam politik segalanya mungkin. Bertahun lamanya juga Nuar Berahim seperti yang dilaporkan oleh banyak pihak sering ke luar negara menghebahkan pertuduhan kes liwatnya di luar negara. Dan apabila ada pihak luar negara yang tiba-tiba, seperti yang didedahkan Wikileaks 'tahu' dengan apa yang berlaku di dalam negara ini secara 'mendalam' adakah ini boleh dipandang ringan oleh kita?

Bagaimana mungkin Singapura boleh mengatakan Nuar Berahim terlibat di dalam kes liwat itu jika tiada pengamatan dan asas yang kukuh? Sedangkan di dalam Malaysia sendiri pendapat rakyat berhubung kes liwat ini terbahagi dua..

Mungkinkah ada 'agen-agen' luar yang berkeliaran di Malaysia dan menjadi 'James Bond' kepada negara mereka? Jika benarlah perkara ini, ianya pasti menjadi sesuatu perkara yang seharusnya membimbangkan kita.

Terdahulunya, perkhidmatan Blackberry yang didakwa terdedah kepada soal 'kebocoran' rahsia sama ada rahsia peribadi mahupun negara telah menyebabkan kerajaan Malaysia berfikir untuk mengharamkan penggunaan Blackberry di dalam Malaysia. Kalau perkhidmatan telefon pun merungsingkan kita, apakah jika benar banyak 'agen-agen' berkeliaran di dalam Malaysia tidak menjadi kerungsingan dan kebimbangan kita???

Ada pula pihak yang berkata. melihat kepada populariti Nuar Berahim sudah makin menurun di dalam Malaysia, maka ada pihak yang merasakan kebolehbergantungan kepada Nuar Berahim sudah tidak boleh digunapakai...'habis madu sepah dibuang' dan 'sudah dapat gading bertuah, tanduk sudah tidak berguna'.

Langkah sebaiknya, jangan terlalu leka dan mengambil mudah perkara ini. Lama sudah kita sedar bahawa hubungan Malaysia-Singapura tidaklah sentiasa setenang air di kolam. Jerat tidak pernah lupa pada pelanduk...!!!!