Thursday, November 17, 2011
Bolehkah rakyat Malaysia sepakat seperti rakyat Indonesia?
Tahniah kepada skuad Harimau Muda kerana berjaya membenam pasukan Garuda yang begitu angkuh dengan puluhan ribu penyokongnya.
Melihat kepada gelagat rakyat Indonesia yang tidak langsung menunjukkan hormat kepada lagu Negaruku membuatkan hati menjadi mendidih tetapi apabila dikenangkan bahawa skuad Harimau Muda sedang beraksi di Indonesia, kepala secara automatik mengangguk tanda faham mengapa keadaan menjadi sebegitu rupa.
Persetan dengan soal penyokong Indonesia kerana Indonesia tetap dengan Indonesianya tetapi semangat kenegaraan yang terpancar di wajah penyokong Indonesia jelas kelihatan. Apabila tiba masa untuk mempertahankan maruah negara, warga Indonesia membulatkan tekad dan duduk dalam satu pasukan yang kelihatan tidak mungkin boleh dirungkaikan.
Bolehkah rakyat Malaysia menjunjung kedaulatan negara seperti mana yang dilakukan rakyat Indonesia?Bersatu hati seia sekata.
Mungkin sahaja slogan 1 Malaysia sebenarnya menjurus kepada soal pemuafakatan rakyat Malaysia tetapi untuk menterjemahkan pemuafakatan itu haruslah terlebih dahulu di ketepikan soal RAKYAT PAS, RAKYAT PKR DAN RAKYAT DAP.
Jika Kedai Rakyat 1 Malaysia pun dipertikaikan oleh Rakyat Pakatan mana mungkin pemuafakatan yang kita inginkan akan menjadi kenyataan.
Yang kita cuma belajar daripada rakyat Indonesia hanyalah berdemo di jalanraya..memalukan!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam buat tuan.
ReplyDeletePakcu tak pandai komen banyak mengenai sikap patriotik kita tehadap negara ini. Tapi Pakcu pernah merantau ke Indonesia dan Thailand rata-rata mereka sendiri cinta dan sayang kepada tanah air sendiri.
Rasa untuk mempertahan negara sama juga mempertahankan maruah sendiri. Sanggup berdiri tegak dan memberhentikan kenderaan bila lagu negara Thai dinyanyikan. Mempertahankan Pancasusila dan negara adalah untuk semua rakyat. Seinci BUMI Indonesia tidak pernah dijual walaupun mempunyai beribu-ribu pulau kecil.
Setiap pemimpin yang dipilih ingin memajukan
negara dan semua rakyat. Biarpun mereka merantau tapi tanah air sendiri juga dimegahkan..Kenapa bukan kita ?
Kerana antara kita suka mencaci dan membenci satu sama lain. Apatah lagi bila para "pemimpin politik" yang ingin meraih undi dan pangkat YB juga bersifat demikian.Dan inilah salah satu faktor yang turut menghakis sifat sayang sesama kita dan kepada negara dikalangan rakyat....walahualam
lagu negara bila di mainkan berapa banyak yg berdiri tegak.. ada yg masih berjalan jalan...terutama bangsa pendatang..itu apa yg gua nampak...Singapura/Thailangd/ Indonesia..rakyatnya menghormati lagu kebangsaan negera meka kita yg datang pun terpaksa berdiri tegak...di sini minta maaf la..tidak ada persaan itu semua..salah siapa.. POLITIK malaysia yg layu..yg dahagakan Undi..itu salahnya
ReplyDelete