Friday, November 25, 2011

Pijaklah kepala BN semahu anda



Saban hari, pimpinan Pakatan Rakyat semakin galak menghentam Barisan Nasional khususnya dengan pelbagai perkataan yang kurang enak didengari. Mengapa mereka begitu berani menghentam dan mencerca pimpinan Barisan Nasional yang juga merupakan kerajaan Malaysia? Siapa yang berkuasa di dalam Malaysia sebenarnya?

Lihat sahaja ucapan Anwar Berahim di atas. Tanpa segan silu beliau menghentam Malaysia dan adalah amat malang apabila ada rakyat Malaysia yang tanpa segan silu dan tanpa ada rasa berdosa membuka setiap pekung yang ada kepada halwa telinga rakyat negara luar. Umum tahu, bagaimana kebencian segelintir rakyat Indonesia pada Malaysia dan ucapan Anwar itu bagaikan 'orang mengantuk yang disorongkan bantal' kepada rakyat Indonesia yang sudah amat membemci Malaysia.

Peliknya dengan kuasa yang ada pada Barisan Nasional ataupun kerajaan Malaysia, setelah dicaci, di hina dan dikutuk semahunya oleh pimpinan Pakatan, Barisan Nasional tidak langsung melihatkan sikap mempertahankan atau cubaan untuk menyerang kembali. Mungkinkah pimpinan Barisan Nasional terlalu berharap kepada jentera parti untuk menyerang kembali Pakatan tanpa ada sebarang inisiatif di kalangan pimpinan Barisan Nasional sendiri? Benarlah kalau ada orang yang berkata, Najib tidak langsung mempunyai Panglima Perang yang sanggup menghulurkan leher untuk menentang Pakatan.

ISA kita mansuhkan, Pehimpunan Aman kita bahaskan, AUKU kita pindakan, semuanya gara-gara keberanian membabi buta pimpinan Pakatan yang menghentam kerajan seolah-olah mereka yang berkuasa. Pelik dan terlalu pelik kenapa pimpinan Barisan Nasional acap kali terpaksa tunduk dan terus tunduk kepada setiap kemahuan Pakatan. 22 tahun lamanya kita diajar oleh Tun Mahathir untuk menjadi berani tetapi mengapa keberanian yang disemai sebegitu lama semakin terhakis. Kuasa yang ada sekarang samalah kuasa yang ada pada zaman Tun Mahathir iaitu kuasa kerajaan tetapi mungkin keberanian yang ada tidak setajam Mahathir.

Merenung kembali kepada video di atas, tidakkah boleh kita katakan ada orang yang sedang membuka pekung Malaysia atau mungkin sahaja boleh dikatakan sebagai 'membuka rahsia negara' biarpun klasifikasi rahsia itu tidaklah diketahui kecil ataupun besar.

Mungkin sahaja pimpinan Barisan Nasional akan berkata 'Ahh Anwar sedang berceramah sahaja di Indonesia' tanpa mereka sedari ceramah sebegitulah yang sedang merobohkan kekuatan Barisan Nasional dan akan terus menghukum jika tidak dibendung.

Adakah Barisan Nasional akan menunggu sehingga detik keluarnya kucing bertanduk barulah mereka hendak menzahirkan Panglima Perang yang akan ada entahkan tidak.

1 comment:

  1. Salam tuan,

    Mohon linkkan blog saya ini:

    http://kutukandewata.blogspot.com

    Terima kasih!

    ReplyDelete