Tuesday, November 29, 2011

Apa yang ada di Perhimpunan Agung UMNO



Hari ini bermulalah perhimpunan terbesar umat Melayu di Pusat Dagangan Dunia Putra, Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

Lumrahnya yang ada di PAU:

1) Pemuda segak berbaju Melayu bersamping merah

2) Puteri anggun melenggang bak itik pulang petang berwarna merah jambu

3) Makcik berkurung putih merah dengan nafas yang sedikit lelah

4) Jurujual yang tidak pernah kenal erti putus asa menarik pelanggan

5) Mencari jodoh yang turun dari langit

Yang dicari di PAU:

1) Semangat yang kian luntur

2) Lawak jenaka pembahas yang mengimbangi program realiti Maharaja Lawak

3) Sindiran tajam yang menyedarkan pemimpin bahawa pemimpin bukanlah maksum

Yang kita harapkan di PAU:

1) Pemidato yang boleh diketengahkan untuk menghiasi pentas ceramah

2) Panglima perang buat Presiden yang berpeluh sendirian

3) Muafakat dan tekad yang bulat

4) Menggetarkan lutut Pakatan dengan suara yang menerawang ke seluruh angkasa Malaysia

5) Semangat yang dibawa pulang untuk momentun gerakan jentera di peringkat akar umbi


YANG KITA TIDAK MAHU DI PAU:


1 Hingga 1 JUTA : SEMANGAT YANG HANGAT-HANGAT TAHI AYAM!!!!!

2 comments:

  1. Blog Bahagian Cheras dah tak siar komen 'liar' kerana takut kena batang hidung.

    PAU memang gah ... tapi suara kerdil ahli ditutup terus ... ini kah cara UMNO nak menjiwai keperluan rakyat.

    If no change ... we will change them.

    ReplyDelete
  2. yang berkenaan tlg chek di bilik2 hotel lewat tgh malam mulai malam ni terutama penempatan lelaki! hahahahaa....

    ReplyDelete