Tuesday, November 22, 2011

ISA menghalang untuk bersultan di hati

Pakatan Rakyat sedang berdendang untuk mendapat simpati rakyat dengan mengatakan bahawa kerajaan berkata dusta untuk membasmi ISA ekoran penahanan 13 individu di Sabah.

Undang-undang dicipta untuk membezakan yang mana benar dan yang mana salah. Itu lumrah. Pergilah ke mana jua di dalam dunia anda pasti terikat dengan undang-undang. Jika tidak ada undang-undang manusia akan jadi seperti kera di hutan dan tamaddun manusia tidak akan berkembang dengan baik tanpa penggarisan undang-undang.


Pimpinan Pakatan tidaklah perlu risau ke tahap maksima dengan undang-undang yang hanya bertujuan untuk memelihara kesejahteraan negara. Jika tidak melakukan kesalahan, tiada apa yang perlu digentarkan dengan undang-undang. Percayalah, jika Pakatan Rakyat berkuasa sebagai kerajaan maka pastinya mereka juga akan menguatkuasakan undang-undang. Siapa tahu jika undang-undang mereka akan lebih mencengkam.

Demokrasi bukan bermakna kita harus meminggirkan undang-undang. Lihat sahaja kepada sejarah Islam, jika tidak ada jalan penyelesaian maka perang lah jalan penyudahnya.

Jika Pakatan Rakyat benar-benar ikhlas untuk memastikan undang-undang tidak disalahgunakan, Pakatan Rakyat haruslah membela banduan-banduan yang ditahan di penjara ketika ini dan tidak hanya tertumpu kepada pembebasan ahli-ahli mereka sahaja. Mana ikhlasnya?

1 comment:

  1. Salam tuan,

    Keselamatn negara tiada ternilai harganya.Bukan barang yang boleh dijualbeli.Tiada kompromi.Jika zaman dahulu raja england pun ada yang dipancung hanya kerana bersekongkol dengan musuh england,apalah sangat dengan rakyat malaysia yang cuba menghuruharakan negara.Hapuskan petualang!!!!!

    ReplyDelete