Wednesday, November 16, 2011

Lembu punya sapi, jangan pula Menteri dapat nama



Sama ada secara kebetulan atau disengajakan, politik Malaysia selalu terkait dengan lembu.

Terbaru, lembu sekali lagi dikaitkan dengan seorang Menteri. Biarpun kenyataan telah dibuat bahawa lembu itu adalah kepunyaan kaum keluarganya tetapi pihak yang menuduh Menteri berkenaan mungkin bersikap 'bodoh macam lembu' tidak mahu menerima sebarang penjelasan. Padanya, jika boleh mahu sahaja dipalitkan tahi lembu ke muka Menteri tersebut.

Apa yang tidak kena dan apa yang salah jika keluarganya menjalankan perniagaan lembu? Adakah hanya kerana beliau seorang Menteri maka seluruh ahli keluarganya tidak boleh menjalankan sebarang perniagaan?Salahkah hanya kerana beliau menternak lembu?

Selalunya orang-orang politik dikaitkan dengan 'lembu-lembu' yang menaja perbelanjaan mereka. Sekali lagi nama lembu dikaitkan.

Selepas ini mungkin ahli-ahli politik akan terkeliru mana satu 'lembu' yang harus dipelihara. Pilihlah sama ada 'lembu' yang bijak mencari wang atau lembu asli yang meragut di padang.

Yang pentingnya, jangan jadi bodoh seperti lembu. Kasihan pula pada Menteri berkenaan, lembu punya sapi. Menteri pula yang mendapat nama..Busuk betul baunya fitnah lebih busuk dari tahi lembu!!!

No comments:

Post a Comment