Tuesday, November 15, 2011

Pakatan Rakyat atau Rakyat Pakatan?



Pakatan Rakyat atau Rakyat Pakatan? Hanya istilah yang membezakan maksud yang terkandung.

Pakatan Rakyat amat berbangga kononnya nama gabungan parti-parti itu mendapat mandat yang menyeluruh daripada rakyat lantas wujudnya nama Pakatan Rakyat bagi menggantikan Barisan Nasional. Momokan mereka hanyalah dakwaan yang mengatakan seluruh rakyat Malaysia sudah muak dengan Barisan Nasional.

Sukalah bertanya kepada mereka, sejak bilakah mereka telah menjalankan bancian terhadap seluruh rakyat Malaysia untuk membuktikan bahawa rakyat Malaysia telah jemu dan muak kepada Barisan Nasional dan sejak bilakah mereka mendapat restu daripada rakyat Malaysia untuk menggunakan istilah RAKYAT di dalam nama platform politik mereka?

Beberapa siri Pilihanraya Kecil yang lalu, jelas tidak seluruh rakyat memberikan mandat kepada Pakatan untuk menjadi pemimpin mereka. Satu demi satu calon Pakatan rebah tumpas kepada Barisan Nasional. Melihat kepada senario itu adakah wajar istilah Pakatan Rakyat direstu gunakan oleh Pakatan?

Benar..ada sebilangan rakyat di luar sana yang menyokong Pakatan tetapi jumlah dan nisbahnya amat kecil jika dibandingkan dengan bilangan sebenar rakyat Malaysia.

Sebenarnya istilah Pakatan Rakyat hanyalah untuk menarik minat rakyat seolah-olah nasib mereka akan terbela dengan hanya dengan restu untuk membenarkan istilah RAKYAT digunakan.

Sebagai rakyat janganlah kita membenarkan istilah kita sebagai rakyat keseluruhan digunakan hanya untuk memenuhi kehendak dan keinginan golongan tertentu. Rakyat mesti sedar bahawa, yang menggunakan istilah RAKYAT itu adalah golongan politik yang mempunyai agenda dan keinginan peribadi yang melangit.

Pilihanraya adalah pentas sebenar untuk rakyat menzahirkan siapa yang mereka inginkan sebagai pemimpin mereka. Jika benarlah rakyat berpakat untuk menubuhkan Pakatan Rakyat tidak ada sesiapa yang dapat menghalangnya tetapi jika hanya sebilangan kecil yang mahukannya maka tidaklah sesuai nama Pakatan Rakyat digunapakai sebaliknya ianya hanyalah bersifat Rakyat Pakatan yang menjurus kepada maksud sokongan ahli-ahli kepada pimpinan mereka.

Secara pecahannya, yang ada hanyalah RAKYAT PAS, RAKYAT PKR dan RAKYAT DAP. Rakyat Malaysia sebenarnya tahu bahawa perkongsian kuasa di dalam Malaysia telah lama diwujudkan dan sebenarnya rakyat Malaysia seluruhnya hidup beramalkan apa yang dinamakan sebagai 1 MALAYSIA!!

No comments:

Post a Comment