Tuesday, November 1, 2011

Sampai bila BN harus berdiam diri?



Habis satu isu timbul pula isu lain yang ditimbulkan Pakatan untuk memesong rosakkan minda rakyat seolah-olah kerajaan hari ini punya terlalu banyak kebejatan yang perlu dibenci oleh rakyat.

Selesai isu dakwaan pembelian cincin, kini timbul pula isu dakwaan perbelanjaan bermewah-mewah oleh anak Perdana Menteri di Australia.

Jika tidak kerana kegigihan bloggers-bloggers pro-kerajaan yang menidakkan dakwaan palsu yang dibuat oleh Pakatan, entah apa yang akan berlaku kepada kerajaan.

Soalnya, menidakkan sesuatu dakwaan itu langsung tidak memberi kesan kepada Pakatan. Pada mereka setiap hari haruslah ditimbulkan isu baru kerana mereka tahu minda rakyat harus disogokkan dengan rasa benci melampau kepada kerajaan. Taktik mudah mereka adalah dengan menjadikan rakyat sebagai 'bahan mainan remote control' yang boleh dikawal oleh mereka. 'Damage has been done' dan adalah menjadi barah kepada BN untuk membersihkan keadaan itu.

Lihat sahaja apa yang berlaku kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi yang terus-terusan menjadi bahan momokkan rakyat yang menyifatkan beliau sebagai Perdana Menteri yang amat lemah biarpun blogger Kickdafella telah mendedahkan bahawa beliau menerima upah untuk memburukkan pemerintahan Tun Abdullah.

Siapa yang pernah lupa bagaimana nama Altantuya dilaungkan setiap kali adanya pilihanraya kecil. Minda rakyat Malaysia terlalu mudah untuk menerima suatu perkara tanpa usul periksa. Rakyat Malaysia yang malas untuk berfikir akan menelan sesuatu isu yang dilontarkan oleh Pakatan secara bulat-bulat dan adalah sesuatu yang menakutkan jika dakwaan itu terus-terusan menjadi duri di dalam minda rakyat yang akan dizahirkan pada Pilihanraya Umum kelak.

Sampai bila BN harus mengambil pendekatan bertahan? Tidakkah sesekali BN harus berani menyerang kerana kita tidakkan akan mampu jika rakyat akan turut mengambil pendekatan menyerang kerajaan dek kerana mainan minda yang diunjurkan Pakatan kepada mereka.

Tanyalah pada BN..sama ada mereka mahu menang atau sebaliknya..

2 comments:

  1. ya! mmg betol..jika sesuatu isu itu timbul terus rakyat akan percaya dan tidak terima lg any explanation..

    mls nk baca lg dan nk pening2 kepala...
    kalau saman di mahkamah adalah langkah terbaik dan disiarkan di media mgkn rakyat br nk percaya.

    pakatan skrang guna mcm tsun zu-strike when you want, where you want-pakatan sentiasa ada kelebihan utk menyerang-BN akan kalah x lama lg.babai...

    ReplyDelete
  2. siapa boleh nafikan?.. Pakatan memberikan sogokan isu2 kelemahan pemerintahan UMNO/BN yg memang pun jelas ada kesahihannya beritanya cthnya; isu rosmah mansur berbelanja secara berlebihan gunakan duit rakyat.. kalah2 PM!!

    manakala UMNO/BN pula, memberikan sogokan dgn membeli setiap undi rakyat RM50 setiap kali munculnya pilihan raya.. ditambah lagi dgn masalah dalam UMNO/BN itu sendiri di mana tun mahathir bnyk menghentam umno di luar kawasan.. haha..

    isu pati, adalah isu yg bnyk memberi kesan kejatuhan umno/bn.. lihat saja ahli parlimen Tuaran (BN), yg berani menghentam hisamuddin (KDN).. isu pati ini pernah diperjuangkan oleh PBS, PBS skrg ini di mana.. PBS skrg anggota BN yg menjadi duri dlm daging UMNO.. hahaha..

    apakah sabah boleh dianggap lagi fax deposit BN.. jgn haraplah cow umno..

    ReplyDelete