Tuesday, November 1, 2011

GOMO dan ROCKY lebih layak jadi senator



Tahniah Nallakarupan kerana dilantik sebagai Senator. Rezeki melimpah ruah. Takut-takut juga kalau-kalau Malaysia akan menjadi seperti negara India, yang kaya terus kaya yang miskin terus miskin.

Ada rasa di hati yang ingin bertanya, apakah sumbangan besar yang Nallakarupan telah sumbangkan kepada negara dan kerajaan sehingga beliau layak dinobatkan sebagai Senator?

Selepas Senator Ezam dengan misteri 6 kotak, kini rakan sepermainan tenis Nuar Berahim pula menjadi Senator? Semua orang tahu bagaimana mereka ini suatu ketika dulu menjadi barah kepada UMNO dan Barisan Nasional. Adakah cukup dengan sekadar pengakuan dan berpatah arah pulang ke pangkal jalan, gelaran Senator memang selayaknya diterima mereka?

Sambil berfikir-fikir, adalah lebih layak sekiranya rakan-rakan bloggers yang tersohor seperti PAPA GOMO dan ROCKY BRU yang jelas mempertahankan kerajaan semahu hati dilantik sebagai Senator.

Ada juga rungutan daripada sahabat sahabat bloggers yang merasakan perjuangan di alam media maya ini tidak dipandang oleh pemerintah sehinggakan ada blogger yang sudah berhenti menulis. Khabarnya, GOMO juga sudah mula menampakkan rajuk kepada pemerintah.

Ayat yang sahabat blogger Politikputramerdeka sebutkan cuba besar maknanya..Anda hanya perlu mengatakan yang anda ada 6 kotak misteri dan hanya perlu bijak bermain tenis untuk bergelar SENATOR.

ALAHAI KERAJAAN!!!!!!

7 comments:

  1. antara tindakan "paling bijak" kerajaan lakukan. apakah justifikasi dato' nalla dpt jawatan senator? kalaupun beliau telah berpatah arang berkerat rotan dgn dsai, apa jasa kpd negara yg beliau lakukan? bukankah ini menjadi liabiliti kpd kerajaan. bagaimana kerajaan nk jwb bila pembangkang jadikan perlantikan ini lelucon ceramah? ada sapa2 boleh hilangkan sengal dlm kepala otak aku ni! kerajaan sebenarnya 'bijak' menggali lubang kubur sendiri. atau kerajaan dh penat menjadi kerajaan, selepas pru13 nanti ingin jd pembangkang. kerja membangkang ni memang senang, sbb itu semua cemburu, begitu ke weh??

    ReplyDelete
  2. Salam sejahtera, mohon dilink blog hamba disini.
    Terima Kasih...
    http://klboyzwangsa.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. kate blogger kerja dengan ikhlas tanpa mengharap balasan jadi janganlah kerana tidak dipuji atau tak diambil peduli sudah mula pedap, kalau niat ikhlas tuhan akan membantu nanti kearah kebaikan bukan semata-mata berbentuk harta pangkat kemewahan, tapi mungkin dalam bentuk lain pulak yang tidak kita sedari....semuanya bermula dengan niat kalau niat ada udang sebalik batu, menulislah berjela-jela pun orang yang membaca seperti angin lalu saja tiada kesan...tapi kalau dengan niat ikhlas dan kerana Allah agama dan negara tuhan akan membalasnya nanti jangan pedap...ok

    ReplyDelete
  4. gomo dan rocky?

    sorang penyamun dan sorang lagi kaki botol... mana boleh!

    elok lantik a r badul dan hamid gurkha je!

    ReplyDelete
  5. MARAH JUAK-JUAK PAKATAN HARAM LU SEBUT GOMO DGN ROCKY JADI SENATOR JEBAT.

    LU PATUT SEBUT MILOSUAM PONEN DGN TOPENG PERAK BALUN CINA JADI SENATOR! HAHAHA ...

    ReplyDelete
  6. MUNGKIN DATO NALA AKAN DIGUNAKAN DALAM KEMPEN PRU13..DIA PUN PRESIDEN SEBUAH PARTI INDIA.MUNGKIN INILAH JUSTIFIKASI PERLANTIKAN BELIAU SEBAGAI SENATOR...

    ReplyDelete