Thursday, November 24, 2011

Kalau beginilah, boleh tunggang langgang negara



Dalam pada orang-orang politik dan rakyat sibuk mencongak bilakah Perdana Menteri akan mengumumkan pembubaran parlimen untuk memberikan laluan kepada Piliharanya Umum ke 13, rakyat dimabukkan pula dengan  hiruk pikuk pembangkang yang dkhabarkan tidak sebulu dalam soal tarikh pilihanraya.

Wali selipar tersohor, Nik Ajis yang penuh nikmat berkata kerajaan negeri Kelantan akan turut mengadakan pilihanraya serentak dengan tarikh Pilihanraya Umum peringkat pusat yang jelas bercanggah dengan keinginan kerajaan negeri Selangor yang dikatakan tidak mahu mengadakan pilihanraya serentak dengan pusat.

Ada logik dengan kemahuan Nik Ajis yang berkata bahawa jika pilihanraya negeri dan parlimen dijalankan secara berasingan maka akan ramai 'jin-jin' dan 'toyol' yang akan datang mengganggu operasi dan gerak kerja jentera kerana fokus mereka hanya akan tertumpu di Kelantan.

Nik Ajis sudah lama memerintah Kelantan dan tentunya beliau tahu akan kelemahan yang ada pada UMNO Kelantan justeru itu beliau sebolehnya tidak mahu panglima-panglima UMNO luar Kelantan berkubu di Kelantan untuk membantu UMNO Kelantan yang memungkinkan PAS akan tumbang di Kelantan.

Nik Ajis sedar jika PAS berdepan dengan hanya UMNO Kelantan tanpa dibantu oleh UMNO Pusat, peluang PAS untuk mengekalkan kuasa di Kelantan lebih cerah kerana masalah dalaman UMNO Kelantan sehingga ke hari ini tidak terungkai. Dan kenyataan yang harus diterima oleh orang-orang UMNO ialah soal hormatnya ketua-ketua cawangan di Kelantan kepada Nik Ajis yang sedikit sebanyak akan membantutkan usaha UMNO untuk merampas Kelantan.

Khalid Ibrahim di Selangor pasti sudah mencongak dan dapat menjangka bahawa PKR di Selangor tidaklah sekuat PAS di Kelantan. Justeru, bantuan daripada sekutu Pakatan luar Selangor ditagih untuk membantu jentera PKR yang berselerak dan semakin rapuh. Kenyataan Khalid itu hanya menampakkan akan kelemahan dan keretakkan yang sedang berlaku di dalam PKR. Mungkin juga ada nama lain dari PKR yang disebut-sebut bakal menggantikan Khalid di Selangor. Itu antara perkara yang Khalid rasakan harus diselesaikan terlebih dahulu.

PAS Kedah pastinya akan menunggu lampu hijau daripada Kelantan cuma yang menjadi tanya tanya apakah pendirian DAP di Pulau Pinang yang tentunya merasakan sebelah kaki sudah berjaya mengekalkan kuasa di Pulau Pinang berikutan keputusan Koh Tsu Koon untuk tidak bertanding. DAP seolah mendapat suntikan kuasa baru dengan pengumuman Tsu Koon tersebut kerana trend politik Malaysia hari ini lebih banyak dibantu dengan faktor warna kulit biarpun DAP berkata mereka bukanlah racist.

Kalau soal waktu pilihanraya pun Pakatan tidak mampu terjemahkan dalam bentuk pemuafakatan yang utuh bagaimana pula jika kuasa diberikan kepada mereka untuk memutuskan halatuju negara lebih-lebih lagi dalam soal ekonomi yang akan menentukan jatuh bangun negara?

Benarlah jika ada pimpinan negara yang berkata 'negara akan muflis' dan memberi kuasa kepada Pakatan untuk memerintah hanya akan membenarkan kenyataan itu menjadi benar dan hakikat.

No comments:

Post a Comment