Thursday, November 24, 2011

Biar menternak lembu dari bercakap macam lembu



Kalau fitnah dah menjadi makanan rutin dan sudah menjadi zikir amalan, benda yang terzahir di depan mata tidaklah lagi menjadi suatu kenyataan yang boleh diterima. Samalah halnya dengan syaitan yang tidak mahu tunduk kepada Adam sebagai Khalifah biarpun.

Video yang disediakan oleh sahabat blogger Parpukari berhubung kes NFC adalah bukti jelas kewujudan dan kejayaan NFC yang bukan omongan seperti yang didakwa Pakatan.

Orang yang menghidapi masalah rabun dekat bahkan yang menghidapi masalah rabun jauh sekali pun tidak boleh melepaskan bebola mata mereka daripada melihat puluhan ribu ekor lembu seperti yang didedahkan oleh video di atas. Mungkin mulut boleh menafikan yang dilihat itu bukan lembu tetapi mata hati tetap mengatakan yang ianya adalah lembu.

Alangkah busuknya dakwaan itu dan kita bersimpati kepada orang-orang kampung yang tidak ada kemudahan internet untuk melihat bukti yang disediakan oleh blogger Parpukari. Kita mohon kepada UMNO Cawangan dan Bahagian di luar sana untuk menunjukkan bukti ini kepada rakyat kampung agar mereka tidak termakan dengan dakwaan palsu yang sengaja dimomokkan oleh Pakatan.

Peribahasa ini mungkin sesuai kepada dakwaan Pakatan berhubung kes ini 'Kuman di seberang laut boleh nampak, gajah di depan mata langsung tak nampak'. Nampaknya, Pakatan lebih suka mengintai-intai kuman di seberang laut dan sifat kuman adalah membawa penyakit dan dek kerana suka untuk mengintai kuman itulah telah membawa penyakit kepada Pakatan iaitu PENYAKIT FITNAH.

Biar menternak lembu daripada bersikap dan bercakap 'BODOH SEPERTI LEMBU'.

No comments:

Post a Comment