Tuesday, November 29, 2011

UMNO mahu menang atau tidak?



Jebat mati akal dan putus idea untuk mencoretkan sesuatu berkenaan ucapan-ucapan yang dibentangkan oleh pembahas-pembahas di dalam persidangan sayap-sayap UMNO hari ini.

Lemah dan terlalu longgar. Terlintas pula di kepada Jebat, adakah mereka ini masih tidak  sedar bahawa UMNO kini berada di ambang yang cukup kritikal. Gaya dan kualiti pembahas hari ini jelas menunjukkan bahawa pembahas masih merasakan mereka berada di zon selesa. Adakah sepantas itu mereka melupakan tsunami politik 2008?

Mudahnya, Pakatan berjaya menawan hati rakyat bukan kerana mereka hebat tetapi kerana longgar dan rapuhnya sayap-sayap UMNO.

Siapa yang mahu kita nobatkan sebagai winnable candidate kalau begini keadaannya???

Mudah-mudahan esok, Presiden UMNO akan berjaya menyedarkan mereka. Kalau terpaksa 'tampar'..'tamparlah mereka'.

p/s: KJ tak mahu buat pesta pantun pulak ke lepas ni? Banyak sangat pantun...

2 comments:

  1. Presiden UMNO itu sendiri mendukung biawak hidup. Tuan dgn saya serta semua yg lain tahu bahawa kita berhadapan musim tengkujuh politik yg penuh dgn retorik dan sandiwara semasa! Selagi PM Najib tidak berjaya mentarbiyyah org rumah yg masih bersanggul karan, keadaannya sama spt nelayan yg pergi menjala dgn jala yg koyak! Ia sudah terlalu banyak bertolak ansur dgn puak2 yg mencacaikan Melayu! Ini realiti semasa bro!

    ReplyDelete
  2. Sdra Jebat, minta izin masuk:

    UMNO tidak bolih Berubah.

    Untuk mencari sebab dan musabab asbab rasional rasion d etre why's logik dll semua sudah tau sadikit sebanyak ...
    kalau nak buat forum maya , tak cukup isian catit hujah.

    UMNO tidak mampu berubah.


    Pada hakiki nya perjuangan yang sebenar adalah ubah UMNO untuk hadapi PR dan ambil alih kuasa dari PR di semua 4 negeri dan 1 negeri yang wajib di sahihkan melalui PRU.
    Masaalah nya 3.4 juta ahli UMNO sudah menjadi peniaga warong jual telor setengah masak.
    Najib kalau betul betul nak menang,sepatutnya mulakan transformasi dalam UMNO mulai 2008, baru panggil Idris untuk ETP KRA KPI liberalisasi dll.
    Najib panggil aje Idris untuk buat laboratory untuk UMNO, dengan powerpoint dengan blue ocean stareji untuk UMNO mesti semua orang tergamang dan Najib cakap sikit aja, pasti orang lama yang di sindir itu, undur diri, tak payah suruh suruh di PAU.
    Kalu nak menang PRU kali,saya wajib Najib kasi balik apa yang dia cairkan kepentingan Melayu yang dia mulai dengan Amanah saham PBN kuota Bumiputera yang di beri kapada non Bumi,tarik balik liberalisasi sektor ekonomi,ta payah lah bawa balik talent daripada 1,000,000 malaysia diaspora,tak payah lah bagi piecemeal one one handout kapada orang Melayu.Tak payah nak tunjuk liberal baik hati konon kapada Sekolah verakular, Namewee Cibai,tak payah lah nak kasi muka habis jual asset negara MAS...Tak payah lah bermuka dengan Obama, ingat dia kasi kita makan ke ?Tak payah pergi lawatan antara bangsa menagih syiok sendiri kepujian dari negeri itu dan ini.
    Najib tak payah lah buat road show nak populist, tapi keluarga semua ada kepentingan macam CIMB MAS AA Sime E O.
    Najib punya solution berasas throw money throw money throw money and sell asset demi asset...Cara ini bukan nya BLUE ocean strateji nama nya..
    Cuba lah blue ocean dengan 3,433,536 ahli UMNO dulu.UMNO sudah mewakili orang Mealyu lagi sebab kepentingan orang Melayu sudah campak keluar.
    Mungkin ade peluang kalu balik kapada UMNO Meminpin Melayu dan Melayu meminpin BN yang meminpin BN.
    Ter Pulang kapada anda Najib, sebab PRU bolih buat 2013 ,tapi masa dah sengkat dan global ekonomi tidak menyebelahi anda.....dan kami orang Melayu.
    Walau apa pun, saya pasti mau gemilang orang Melayu balik kepersada negera kita, dan 1Malaysia merugikan orang Melayu dan UMNO.


    Berani kah Najib ?

    Saya rasa tidak.

    Kerana UMNO tidak bolih berubah.

    arjuna waspada
    changkat lobak.

    ReplyDelete