Sunday, November 13, 2011

Antara manusia dan syaitan



Syukur alhamdullillah semuanya selamat buat Perdana Menteri dan isteri mengerjakan haji. Sebagai seorang Islam, jika ada keupayaan dan kemampuan ibadah haji adalah rukun yang wajib dilaksanakan.

Berapa ramai syaitan agaknya yang berdukacita dengan ibadah haji yang Perdana Menteri tunaikan? Tidaklah dapat dinafikan bahawa tugas utama syaitan adalah menyesatkan manusia.

Sehina mana pun manusia dipandangan manusia, tidaklah kita ketahui kedudukannya di sisi Allah. Dan janganlah sesekali kita berburuk sangka sesama manusia kerana hanya Allah yang maha mengetahui.

Sebagai tetamu Allah, siapalah manusia yang mahu mempertikaikan ibadah yang manusia lakukan di Tanah Suci Mekah.

Adakah sesuai ibadah yang manusia lakukan dipolitikkan dan yang paling mendukacitakan adalah apabila ibadah itu dijadikan pula sebagai satu fitnah yang amat keji.

Tidak mengapalah, Perdana Menteri sudah pun selamat mengerjakan haji dan sudah pun menjadi tetamu Allah. Syukurlah semuanya selamat dan SYAITAN TETAP DENGAN AGENDANYA MAHU MENYESATKAN MANUSIA.

Siapa manusia dan siapa pula syaitan?

1 comment:

  1. Orang yang komen dan komplen pasal orang lain buat haji , adalah orang-orang yang belum mengerjakan haji dan tak mau kerjakan haji serta jahil tentang apa itu haji dan fadhilatnya.
    sedangkan syaitan pun tahu fadhilat haji, inikan pulak manusia. sekurang-kurangnya malu lah pada diri sendiri. Dan kalau berkiblatkan syaitan, sekurang-kurangnya fikir lah lu punya syaitan pun tau fadhilat haji.
    Kalu yang komplen tu adalah orang yang telah mengerjakan haji, maka otomatik lah dia sekarang sudah tau bahawa haji yang dikerjakan dulu adalah bukan mabrur.

    ReplyDelete