Wednesday, November 16, 2011

Hebat Tsu Koon hebat lagi udang di sebalik batu?

Relax-relax pun boleh jadi Menteri. Tak perlu susah-susah!!

Tahniah kepada mantan Ketua Menteri Pulau Pinang kerana mengumumkan untuk tidak bertanding di dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Satu keputusan yang boleh disifatkan sebagai anak jantan.Benarkah?

Sebelum ini ada spekulasi yang mengatakan bahawa Tsu Koon akan bertanding di luar Pulau Pinang dan terbaru ada blogger yang mengatakan bahawa Tsu Koon sanggup berdepan 1 lawan 1 dengan Guan Eng di Pulau Pinang tetapi seperti kilat menyabung berita itu pantas ditepis Tsu Koon.

Persoalannya, di mana pun Tsu Koon bertanding bolehkan beliau menang? Mungkin inilah yang menjadi persoalan yang bersawang di kepala Tsu Koon lantaran pendekatan 'winnable candidate' yang diperkenalkan Presiden Barisan Nasional digunapakai sebagai pengimbang kepada peratusan 50-50 (menang-kalah) jika Tsu Koon bertanding.

Adakah Tsu Koon sendiri kurang yakin dengan kemampuan untuk menang jika dirinya bertanding atau adakah Tsu Koon kurang yakin dengan populariti Barisan Nasional pada masa ini?

Pendekatan yang diambil Tsu Koon adalah sangat bijak untuk hala tuju politiknya kerana Tsu Koon tahu jika beliau bertanding sekalipun kemenangan belum tentu berpihak kepada dirinya dan tentulah Tsu Koon sedar bahawa apalah gunanya bertanding jika dirinya masih boleh dilantik sebagai SENATOR!

Bukankah barisan Kabinet yang ada sekarang sudah terlalu ramai dipenuhi dengan Senator yang entah dari mana datangnya dan yang lebih parah adalah Senator yang telah kalah di dalam pilihanraya tetapi masih menjadi Menteri.

Kalau benarlah Tsu Koon berkata bahawa keputusan untuk tidak bertanding di dalam PRU 13 nanti adalah untuk memperkemaskan Parti Gerakan, Tsu Koon harus menilai semula jawatan Menteri dan Senator yang disandangnya kerana jawatan Menteri tentulah menagih masa dan kerja yang bukan kepalang lantaran pastinya membantutkan usaha Tsu Koon untuk memperkemaskan GERAKAN.

Eloklah Tsu Koon mencontohi Kayveas PPP dan Soi Lek MCA. Menteri tidak Senator pun tidak dan tentulah masa yang  terluang itu boleh digunapakai untuk memperkemas dan memperkuatkan parti.!!

Intai-intai apa tindakan Tsu Koon selanjutnya!!!

1 comment:

  1. sah kalah....org politik ckp mulut lain dlm hati lain...semua berpaksikan KUASA..sama dgn al juburi al liwati

    ReplyDelete