Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Tuesday, July 2, 2013

Blogger Just Read mengamuk malam tadi


Hati panas ke bro?

Mengenali sahabat blogger Just Read beliau adalah seorang yang sangat cool. Tidak mudah melenting kerana isu isu kecil dan mungkin sahaja tidak boleh melenting lagi kerana faktor usia dan faktor fizikal.

Tetapi di dalam artikelnya awal pagi tadi, blogger Just Read a.k.a Bujai menggunakan perkataan 'Bloody Fool' sebagai tajuk artikelnya'. Marah benar bunyinya.


Kemarahan blogger Bujai adalah kepada Suaram yang mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan tidak perlu membuat rayuan di mahkamah berhubung keputusan kes Kugan dan menerima sahaja keputusan mahkamah tinggi? 

Kenapa Suaram tak minta sahaja Anwar dan kuncu-kuncunya menerima sahaja keputusan rakyat yang memberi mandat kepada BN untuk terus memerintah negara?

Kerajaan menggunakan saluran yang betul untuk merayu iaitu Mahkamah. Anwar dan kuncunya merayu di mana? Di stadium? Di Padang Merbok? Di Pintu pagar Parlimen?

p/s: Nak dapat awek pun kena merayu kadang-kadang!!

Wednesday, February 22, 2012

Blogger tampar blogger



Jika kita katakan blogger kita ada yang pendek akal tentulah ada yang bakal melenting kerana bila sudah merasakan 'dunia ana yang punya' dan kepala jadi sebesar Gunung Ledang, fikiran jadi pendek dan terkadang nampak keterlaluan.

Umum sudah mengetahui, PRU ke 13 sudah terlalu hampir untuk dilaksanakan dan sebagai blogger yang mendakwa cenderung kepada BN, anda seharusnya sudah siap siaga untuk 'bersama' dalam menghadapi detik yang paling sukar dalam sejarah pilihanraya BN.

Semakin hampir kepada detik PRU 13 yang selama ini dijadikan matlamat perjuangan bloggers, semakin celaru pula minda segelintir blogger. Jebat tidak menyatakan semua terguna pakai kepada keadaan ini, tetapi tentulah blogger se-entario maya faham siapa yang Jebat maksudkan.

'Kau lempang aku, aku pijak kau' itu antara ayat yang sesuai buat kecelaruan dan cakar mencakar antara beberapa orang blogger beberapa hari ini. Susah sangatkah hendak menyokong tindakan sesama kita? Benar, dalam perjuangan akan ada pelbagai pendapat dan pendekatan, tetapi janganlah sampai bercakar sesama sendiri sehingga kita tidak dapat 'bersama' di dalam menghadapi sebarang kemungkinan.

Saling kenal antara mereka sepatutnya menjadikan apa jua kemelut yang dihadapi diselesai,dirunding dengan secara bersemuka. Kalau pada masa air tenang boleh duduk semeja minum teh tarik mengapa pula dalam keadaan sekarang tidak boleh dibuat perkara yang sama?

Kedua-dua pihak sila ambil pendekatan segera untuk menyelesaikan keadaan ini. Jangan kerana kemelut yang tak sepatutnya tercipta ini, BN pula yang tersadung kaki menyembah bumi. 

p/s: JEBAT KATA: JANGAN JADI TUA TIDAK BERAKAL

Wednesday, January 18, 2012

Menteri mana yang 'pilih kasih' terhadap blogger?



Sama ada para Menteri sedar atau tidak bahawa antara puncanya kegagalan Nasional mencapai majoriti 2/3 di dalam Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu adalah kurangnya pengeksploitasikan terhadap media baru seperti Blog, Facebook dan lain-lain lagi.

Tetapi mujurlah atas kesedaran diri sendiri dan tanpa ada sebarang sokongan dan dokongan penyokong-penyokong tegar Barisan Nasional bingkas bangun untuk mengimbangi kekuatan yang ada pada Pakatan Rakyat di dalam mendominasi penjajahan minda melalui media baru. Alasan utama kebangkitan ini adalah kerana kecintaan dan kepercayaan kepada Barisan Nasional untuk terus menerajui tampuk kerajaan.

Dengan berbekalkan komputer buruk dan peralatan yang serba kekurangan, blogger-blogger pro kerajaan menghambakan diri dan bersengkang mata untuk mencari apa jua fakta di dalam mempertahankan Barisan Nasional. Barang perlu diingat, perjuangan para blogger ini bukan hanya mengkhusus kepada mana-mana individu yang bergelar Menteri tetapi jauh daripada itu adalah untuk kepentingan Barisan Nasional secara keseluruhan.

Alhamdulillah berkat usaha dan kesabaran para blogger akhirnya Barisan Nasional mengakui bahawa kebangkitan para blogger pro-kerajaan sedikit sebanyak menjadi penyumbang kepada penterjemahan minda positif rakyat kepada Barisan Nasional. Lihat sahaja kepada beberapa siri Pilihanraya Kecil betapa para blogger ini berjaya membuahkan kepercayaan rakyat kepada Barisan Nasional.

Benar, ada di kalangan Menteri yang rapat dengan blogger tetapi adakah semua Menteri yang berfikiran bahawa perjuangan blogger harus digerakkan atas kesepaduan tanpa mengklasifikasikan blogger kepada kumpulan-kumpulan tertentu? Mengapa masih ada Menteri yang bersifat pilih kasih kepada hanya blogger-blogger tertentu?

Terbaru, khabarnya ada seorang Menteri yang telah mengadakan pertemuan dengan blogger tetapi agak mendukacitakan apabila hanya segelintir kecil blogger yang dijemput untuk hadir di dalam perjumpaan itu. Alasannya ialah pegawai Menteri yang menguruskan perjumpaan itu berkata ada gred-gred di kalangan blogger? Perjumpaan pertama adalah untuk blogger bergred C dan kemudian akan diadakan perjumpaan dengan blogger bergred B dan akhirnya A. Kegilaan apakah yang sedang berlaku?

Kejadian ini menyebabkan sedikit rasa 'terguris' di kalangan blogger seperti Rocky Bru, Just Read, Outsyed the Box, The Antics of Husin Lempoyang dan lain-lain yang sebelum ini turut memberikan sokongan kepada Menteri berkenaan kerana nama mereka seakan terpinggir sehingga tidak diundang ke perjumpaan itu. Rocky sendiri sebenarnya tidak bersetuju bahawa perlu ada gred di kalangan blogger. Menyedari kepada rasa kurang senang blogger-blogger ini telah menyebabkan pegawai Menteri tersebut telah berusaha untuk mengadakan pertemuan dengan blogger-blogger ini. Khabarnya, blogger-blogger ini sudah memberi kata  untuk tidak akan hadir ke pertemuan itu.

Adalah tidak adil jika kita hanya menyalahkan Menteri berkenaan tetapi kita harus mengambil kira 'kebutaan' pegawai Menteri berkenaan di dalam menguruskan perjumpaan itu. Adakah pegawai itu kenal dan arif dengan dunia blogging? Untuk pengetahuan semua, ada seorang pegawai Menteri yang berjawatan Pegawai Khas Media Baru tetapi sebenarnya tidak tahu langsung berkenaan media baru sehinggakan untuk membangunkan sebuah blog juga beliau tidak tahu.

Nasihat kepada Menteri berkenaan, tolonglah mencontohi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan beberapa Menteri yang acap kali mengadakan perjumpaan dengan blogger tanpa membahagikan blogger kepada kelas-kelas dan gred-gred tertentu. 

Tidaklah perlu dirisaukan tentang imbuhan untuk berjumpa blogger-blogger ini kerana itu bukanlah perkara pokok tetapi cukuplah sekadar dengan menunjukkan rasa penghargaan kepada blogger-blogger. Tentunya rasa lelah dan jerih blogger-blogger ini sedikit lega apabila diri rasa dihargai.

Bayangkan sahaja, jika nama-nama besar seperti Rocky, Just Read, Outsyed the Box dan lain-lain lagi boleh terpinggir apa pula nasibnya dengan blogger-blogger nyamuk seperti Jebat, Politikputramerdeka,Garamanis, Waadat, Malay Delima,Braveheart dan ramai lagi? Tentulah tidak langsung wujud dalam kamus Menteri berkenaan.

Orang Melayu kaya dengan adat dan budi bahasa dan budi bahasa itulah yang ditagih oleh kami. Bukan imbuhan dan kaya raya yang kami idamkan tetapi cukuplah sekadar SUATU PENGHARGAAN dan BERJABAT TANGAN.

Friday, January 13, 2012

Kita harap GOMO tidak lemah semangat




Laporan polis terhadap GOMO kerana menghina mahkamah di dalam penulisannya?

Adilkah jika ahli-ahli Pakatan Rakyat berkata demikian?

Mungkin adil jika ahli-ahli Pakatan Rakyat yang berkata demikian adalah seorang yang buta dan pekak.

Sebabnya, sebutlah di mana ceramah yang Nuar lakukan tidak menghina mahkamah sepanjang perbicaraan dakwaan liwat sedang berjalan?

Nuar pusing Malaya berkata UMNO memperalatan mahkamah dan tidakkah itu menggambarkan Nuar tidak mempercayai integriti mahkamah sehingga boleh di kawal oleh UMNO?

Mengapa laporan polis di buat terhadap GOMO? Sebabynya cukup mudah. Nama GOMO sudah menjadi satu barah kepada Pakatan Rakyat. Tentunya nama GOMO perlu dirosakkan sebagaimana mereka perlu merosakkan nama UMNO untuk menumbangkan Barisan Nasional.

Mengenali GOMO rasanya anak muda ini tidak akan mudah lemah semangat dan semakin di asak GOMO akan semakin lantang.

Tahniah GOMO, seluruh blogger pro-kerajaan teguh di belakang anda..

Saturday, December 24, 2011

Blogger juga diperbodohkan



Sejak terkulainya Barisan Nasional di dalam mempertahankan majoriti 2/3 di dalam pilihanraya umum ke 12 yang lalu, fenomena kelahiran blogger-blogger BN ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Semuanya gara-gara kesedaran akan betapa pentingnya pengaruh media baru ini di dalam mempengaruhi pengundi.

Atas rasa semangat juang itu maka terlahirlah blogger-blogger yang namanya cukup besar di dalam dunia pertempuran maya. Siapa yang tidak kenal pada Rocky Bru, Papa Gomo, Gerakan Anti PKR dan beberapa nama besar lain yang sentiasa mewarnai dunia maya ini dengan pendedahan-pendedahan berani yang sentiasa menggerunkan orang-orang politik.

Tanpa megharapkan apa-apa imbuhan mereka ini berkarya atas nama mahu mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada BN. Di dalam pada nama berkarya itulah nama mereka terus melonjak ke persada politik yang sekaligus meresahkan orang-orang politik jika mereka ada melakukan kesalahan. Ibarat artis popular nama-nama besar ini pastinya mempunyai nilai di mata pada mereka yang memerlukan. Dan adakah kita harus menolak fakta bahawa semuanya itu adalah rezeki yang datang tanpa dirancang oleh mereka? Ingat sahaja pada kata-kata orang tua REZEKI JANGAN DITOLAK.

Kekuatan pada nama dan pendedahan yang dilakukan oleh para blogger ini menyebabkan segilintir pihak berasa tidak senang duduk lantaran pendekatan memecahkan semangat juang dan perpaduan di kalangan blogger pro-BN harus dilakukan segera. Semuanya bertujuan untuk merosakkan nama baik dan kredibiliti blogger-blogger ini di mata para pembaca mereka.

Blogger-blogger yang sudah masak dengan percaturan politik ini rasanya tidak perlulah termakan dengan belaian dan permainan jahat orang-orang yang mahu merosakkan nama dan kredibiliti mereka. Perpecahan dan pertelagahan di kalangan blogger pro BN seakan menampakkan kelemahan cara fikir dan daya tahan minda blogger dengan mainan propaganda oleh orang-orang tertentu.

Ada yang sudah mula mempersoalkan punca rezeki sesama blogger biarpun kita semua tahu bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah. Tetapi dek kerana mainan dan usikan daripada orang-orang tertentu untuk memecah belahkan perpaduan ini, sedikit sebanyak ianya melahirkan rasa kurang senang kepada sesetengah blogger apabila ada di kalangan blogger yang mampu berkereta mewah seperti BMW dan Porsche.

Sukalah Jebat peringatkan kepada sahabat-sahabat blogger bahawa niat dan matlamat asal kita adalah mahu mengembalikan kepercayaan rakyat kepada BN. Usahlah diragukan tentang rezeki yang kita terima kerana semuanya datang dari Allah jua. Berjuanglah dan mudah-mudahan perjuangan itu akan mendapat keredhaan Allah jika tidak mendapat balasan di dunia pastinya pahala menunggu di sana.

Ayuh kita rapatkan saf atas nama perjuangan membela agama,bangsa dan negara.!!!

p/s: Pada mana-mana sahabat yang ada rezeki lebih tu, bantu-bantulah sahabat yang 'hampir lemas' di luar sana. Pasti rezeki anda akan berlipat ganda.

Sunday, December 11, 2011

GOMO bakal menikahi artis?



Dalam diam tak diam blogger tersohor tanahair PAPA GOMO dkhabarkan sedang menjalinkan hubungan intim dengan artis yang sedang meningkat tanahair. Artis yang mempunyai peluang cerah untuk dinobatkan sebagai Penyanyi Baru Terbaik di dalam Anugerah Lagu Terbaik itu dikatakan sering bertemu dengan GOMO secara sulit di dalam kapal mewah milik GOMO.

Di bawah ini adalah gambar yang dikirimkan oleh individu yang tidak dikenali yang mendakwa sering melihat kapal mewah milik GOMO itu.



Itulah kegilaan pimpinan Pakatan Rakyat yang sering mengigau malam dikerjakan GOMO.GOMO sudah macam selebriti yang sering diintai oleh Pakatan. Pendedahan demi pendedahan yang GOMO lakukan pastinya cukup membuatkan pimpinan Pakatan kencing tak lawas.

Keresahan itu jelas memuncak apabila GOMO telah diizinkan oleh Menteri Pertahanan untuk menaiki Scorpene di Langkawi. Apa yang peliknya seorang blogger naik ke kapal selam? GOMO BUKAN MENCEROBOH kapal selam tersebut tetapi mendapat izin dan jemputan dari Menteri Pertahanan sendiri. Sama seperti jemputan yang Guan Eng anak Kit Siang perolehi. Apa bezanya? Adakah kerana Guan Eng anak Kit Siang seorang Ketua Menteri maka hanya dia yang layak naik kapal selam tersebut?

Kalau nak dikatakan tidak tahu menjaga nama negara, rasanya Guan Eng anak Kiat Siang dan Nuar China Doll lagi jelas tidak tahu menjaga nama negara. Orang Johor boleh lupa bagaimana Guan Eng anak Kiat Siang  berkata JOHOR TIDAK SELAMAT UNTUK DIKUNJUNGI semasa beliau mengunjungi Singapura?

Semua orang sudah menonton video bagaimana Nuar yang DiAnugerahkan China Doll memburukkan Malaysia di Indonesia...

SOALANNYA IALAH: JADI DI SINI SIAPA YANG TIDAK TAHU MENJAGA RAHSIA NEGARA? PERNAH DENGAR GOMO MENJUAL ATAU MEMBURUKKAN NEGARA? YANG PERNAH JEBAT DENGAR IALAH GOMO SERING MENJUAL KOTE BENGKOK ORANG TERTENTU..HAHAHAHAHA

Tuesday, November 22, 2011

My Voice: Kementerian bukan penganjur



Ahad lepas telah diadakan suatu konvensyen yang dipanggil Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra yang dipengerusikan oleh YB Datuk Sharkar, Exco Kerajaan Negeri Pahang.

Ada blogger yang telah menghubungi sahabat blogger JUST READ dan bertanya kepada beliau mengapa tidak semua blogger dijemput dan khabarnya nama-nama besar dalam dunia blog tidak dijemput.

Jurucakap daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) menghubungi Jebat dan memaklumkan bahawa konvensyen yang telah diadakan itu bukanlah anjuran KPKK bahkan KPKK tidak terlibat dalam penganjuran itu selain daripada Menteri KPKK dan pegawai kanan hadir ke Konvensyen itu atas jemputan sebagai tetamu.

Secara kesimpulannya, saranan sahabat blogger Just Read dan sahabat blogger yang menghubungi JUST READ untuk Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim atau Ketua Setiausaha Kementerian tampil untuk menjelaskan perkara ini tidaklah relevan sama sekali.

Jebat yang tidak mahu bersikap berat sebelah dan tidak adil telah menghubungi jawatankuasa penganjur program itu untuk mendapatkan kepastian. Rasanya tidaklah adil untuk Jebat menyalahkan penganjur kerana terlepas pandang untuk menjemput semua blogger cuma jawatankuasa penganjur memaklumkan kepada Jebat bahawa ada blogger yang sekadar mendaftar nama tetapi tidak hadir ke konvensyen tersebut.

Pokoknya di sini ialah untuk kepastian semua khususnya sahabat blogger JUST READ ialah : KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN BUKANLAH PENGANJUR KONVENSYEN ITU DAN UNTUK MAKLUMAT LANJUT KEPADA SAHABAT-SAHABAT BLOGGER YANG TERSINGGUNG BOLEHLAH MENGAJUKAN PERTANYAAN KEPADA PENGERUSI KONVENSYEN ITU, DATUK SHARKAR ATAU JAWATANKUASANYA.

Tuesday, November 1, 2011

GOMO dan ROCKY lebih layak jadi senator



Tahniah Nallakarupan kerana dilantik sebagai Senator. Rezeki melimpah ruah. Takut-takut juga kalau-kalau Malaysia akan menjadi seperti negara India, yang kaya terus kaya yang miskin terus miskin.

Ada rasa di hati yang ingin bertanya, apakah sumbangan besar yang Nallakarupan telah sumbangkan kepada negara dan kerajaan sehingga beliau layak dinobatkan sebagai Senator?

Selepas Senator Ezam dengan misteri 6 kotak, kini rakan sepermainan tenis Nuar Berahim pula menjadi Senator? Semua orang tahu bagaimana mereka ini suatu ketika dulu menjadi barah kepada UMNO dan Barisan Nasional. Adakah cukup dengan sekadar pengakuan dan berpatah arah pulang ke pangkal jalan, gelaran Senator memang selayaknya diterima mereka?

Sambil berfikir-fikir, adalah lebih layak sekiranya rakan-rakan bloggers yang tersohor seperti PAPA GOMO dan ROCKY BRU yang jelas mempertahankan kerajaan semahu hati dilantik sebagai Senator.

Ada juga rungutan daripada sahabat sahabat bloggers yang merasakan perjuangan di alam media maya ini tidak dipandang oleh pemerintah sehinggakan ada blogger yang sudah berhenti menulis. Khabarnya, GOMO juga sudah mula menampakkan rajuk kepada pemerintah.

Ayat yang sahabat blogger Politikputramerdeka sebutkan cuba besar maknanya..Anda hanya perlu mengatakan yang anda ada 6 kotak misteri dan hanya perlu bijak bermain tenis untuk bergelar SENATOR.

ALAHAI KERAJAAN!!!!!!

Sunday, October 23, 2011

Beza antara blogger...



Siapa yang ramas payudara siapa? Siapa yang dapat merasa besar dan gebunya payudara itu?

Kenapa pula Pakatan harus menggesa Timbalan Perdana Menteri untuk memohon maaf kerana dakwa mereka TPM ada mengeluarkan watikah menyokong tindakan blogger pro-kerajaan berhubung skandal meramas payudara itu?

Jahil benar bunyi dakwaan itu, jika benarlah dakwaan itu keluarkan bukti bahawa TPM sememangnya ada mengeluarkan watikah itu. Janganlah berperangai seperti anjing yang sekadar menyalak..

Jika ada bukti itu silalah pimpinan Pakatan edarkan kepada blogger-blogger tersohor mereka seperti Milosuam dan Topeng Perak. Jangan pula diarahkan blogger-blogger itu membuat fitnah yang tidak berasas.

Rendah dan cetek benar pemikiran pimpinan Pakatan sehingga mengatakan akan kewujudan watikah itu. Apa  perlunya TPM mengeluarkan watikah itu jika benar sekalipun beliau menyokong tindakan blogger pro-kerajaan. Tidakkah arahan lisan  daripada TPM sudah memadai untuk mengarahkan blogger pro-kerajaan bertindak terhadap isu meramas payudara itu.

Ingin diingatkan kepada pimpinan Pakatan bahawa blogger pro-kerajaan tidak akan sesekali tunduk kepada mana-mana kemahuan dan arahan termasuklah daripada pimpinan Barisan Nasional sendiri jika kami merasakan apa yang berlaku adalah perkara yang tidak baik. Pimpinan Barisan Nasional sendiri menjadi bahan hentaman jika mereka melakukan kesalahan.

Inilah yang membezakan blogger pro-kerajaan dan blogger Pakatan. Yang benar tetap benar kepada kami dan kami tidak akan tunduk kepada sebarang arahan jika kami di pihak yang benar.

Jika ada pimpinan Barisan Nasional yang melanggan China Doll juga akan tetap kami dedahkan. Beranikah blogger Pakatan bertindak seperti blogger pro-kerajaan?

Saturday, August 27, 2011

DAP bakar colok: Otai blogger BN masuk DAP..?



Apa punya bangsat..Sudah le Melayu makin rapuh dan tunggu masa di mamah, ada pulak Melayu yang bangga sertai DAP. Besar punya cilaka...Lu ingat lu handal dengan sertai DAP lu boleh ada tempat..kirim salam bai..Lu tak  caya lu tengok je dalam sektor korporat..Sampai mampus le Melayu jadi kerani..abis-abis kuat jadi Manager..Senior Manager.Jauh panggang..Kalau ada yang jadi Chairman pun pasal nak guna nama dan networking..

Gua dah melalut pulak..Gua ari tu melepak dengan sahabat gua di Sri Petaling. Kawan gua sangat baik dengan seorang blogger otai ni..Satu kampung le katakan. 

Masa sedang minum sambil koyakkan dada dengan hisap rokok, tiba-tiba kawan gua cakap dekat gua..'BRO LU TAU TAK, BRADER ................(sila isikan tempat kosong dengan nama blogger pilihan anda)...NAK BERTANDING DALAM PRU 13 ATAS TIKET DAP'..Puki ayam tersembur air yang gua tengah minum. 

Macam orang tengah laut yang dah berbulan tak nampak perempuan gua tanya kawan gua..'LU BIAR BETUL BRO..KALAU LU NAK KENCING PUN AGAK-AGAKLAH' kata gua pada kawan gua tadi (ek eleh ayat dah macam novel Samad Said basi..Kah Kah Kah)

BETUL..PASAL GUA PUN TERLIBAT DALAM SUSUNAN JENTERA DIA..kawan gua dengan bangga kasi tau gua..Anak harun ni rupanya jadi kempen manager lah pulak...bisik gua dalam hati.

Setakat ni kita orang dah control 10 orang anak muda hardcore politik yang datang dari  PAS dan UMNO di tempat dia nak bertanding  tu. Yang akan berkempen untuk brader blogger kita ni. Lagi sekali, puki ayam..nak terkencit gua.ada pulak tali barut dalam UMNO.

Laju gua sedut rokok..Kawan gua ni kaki sembahyang bro..takkan dia nak kencing..tapi bila fikir-fikir balik..yang orang panggil Pak Sheikh pun boleh kencing dan balun China Doll inikan pulak kawan gua..Kah Kah Kah..

Tapi gua rasa ada betul jugak isu ni..pasal ada satu hari tu kawan gua ni ajak gua jumpa blogger tu..Urusan penting dia kata. Mula-mula gua nak pegi jugak jumpa tapi pasal masa tu ada pulak musibat malaun seekor yang turut hadir gua batalkan niat gua..Menyesal.

Gua suka lah nak ingatkan pada blogger tu..Kalau lu rasa dah nak sangat jadi Yang Berhormat lu tak payah le masuk DAP..Apa punya lahabau lah lu. Kalau lu masuk PAS ke PKR ke oklah jugak..Ada jugak semangat Melayu yang telah bersusah payah mencapai kemerdekaan..Kah Kah Kah..Gua rasa gua nak jadikan Samad Said idola gua..Orang sastera ayat mau power walaupun dia sorang je faham bahasa dia....Ptuihhhhh...Macam setan..Lu masuk mana PAS ke PKR ke DAP ke.ada gua kisah..Sama je standard tiga tiga parti tu..

Lu blogger otai ke.nama besar ke? Ada gua kisah..Langgar tetap langgar...Putus sedara pasal lu dah jadi sedara Guan Eng dan sedara Lim Aerokit Sial Siang Malam...Kah Kah Kah..!!!

p/s: Tapi cerita dia atas tu memang benar, tiada yang benar melainkan yang benar belaka..Kah Kah Kah..Memang betul bukan gua reka-reka.Gua rasa lu orang boleh agak sapa blogger tu..

Tuesday, August 23, 2011

Kalau dah bodoh apa pun tak boleh


Ni malaun mana pulak yang bangang cakap kalau kibar Jalur Gemilang bermakna mengibarkan bendera UMNO/BN.

Kalau ye pun bodoh jangan lah tunjukkan kat orang lu punya bodoh. Lu sekolah sampai darjah berapa beb?

Lu cuba tengok gambar bendera ni, cuba lu cam betul2 mana satu bendera UMNO dan mana satu Jalur Gemilang. Kot lu bangang tak boleh nak bezakan gua tak tau lah pulak.



Gua tak lah bangang macam malaun blogger Pakatan tu...Gua faham sebenarnya dia nak bayangkan bahawa selagi UMNO menjadi kerajaan selagi itulah dia mengandaikan bahawa Malaysia ni milik UMNO.

Gila bangang cetek kepala hotak dia..Jalur Gemilang tu milik semua rakyat Malaysia biarpun ber IC 71 di tengah-tengah..Kah Kah Kah..Milik Mak Lampir Ampang, milik Nik Ajis Wali Selipar, milik Nuar Al Jub, milik Mat Sapu yang tak kenal land rover dan Waja..Kah Kah Kah..

Kot ye pun lu nak tunjuk konon lu marah pada kerajaan janganlah sampai tunjuk lu punya bangang.

Sapa nak baca artikel bangang tu : http://wargamarhaen.blogspot.com/2011/08/kibar-jalur-gemilang-bererti-kibar.html

Jangan lu orang terpengaruh jadi bangang macam malaun tu sudahlah..

Wednesday, August 17, 2011

Melayu dah lupa hujung pangkal



Gua rasa terpanggil untuk mengetuk sesuatu atas laptop buruk gua biarpun keadaan kesihatan yang tak berapa elok seminggu dua ni. Tapi dengan kudrat yang Allah bagi pada gua, gua gagahkan jugak untuk melunaskan tanggungjawab gua sesama Islam.

Gua nak sentuh sikit pasal isu Khalid Samad dan beberapa pimpinan Pakatan yang dikatakan mahu menyaman GOMO. Sesal gua kalau benda ni jadi. Sebabnya: Perkara ni terjadi dalam bulan Ramadhan dan yang menyaman dan kena saman kedua duanya adalah Islam.

Mungkin Khalid Samad tidak kenal GOMO lantaran itu Khalid Samad tidak berpeluang untuk bersemuka dengan GOMO tetapi kalau tak silap gua, kelibat Salahuddin Ayub ada kelihatan di dalam sidang media tempoh hari. Mustahil Salahuddin Ayub tak kenal GOMO. Khabarnya, GOMO dan Salahuddin Ayub telah bertentang 4 mata dalam suatu isu. Susahkah Salahuddin Ayub nak berikan nasihat atau setidak-tidaknya memberikan nombor telefon GOMO pada Khalid Samad? Khabarnya GOMO akur dengan permintaan Salahuddin Ayub untuk tidak memperbesarkan suatu isu yang cukup menyentuh perasaaan Salahuddin.

Rasanya Salahuddin kenal GOMO secara peribadi dan apalah salahnya jika dia menasihati Khalid Samad untuk berjumpa secara 4 mata bersama GOMO?

Gua percaya pada GOMO sebagai anak jantan dan tidak akan gentar dengan sebarang tekanan. Tetapi apalah salahnya jika sebagai umat Islam baik Khalid Samad dan GOMO perjumpaan secara 4 mata di dalam menyelesaikan isu ini adalah jauh lebih baik tambah tambah pulak dalam bulan Ramadhan.

Isu pokoknya adalah isu serbu gereja. Dan lanjutan daripada itu timbul pula pelbagai isu. Jangan Melayu jadi bodoh kerana sehingga artikel ini ditulis masih tidak ada sebarang tindakan atau kata putus dari pihak yang terbabit sedangkan Melayu yang mahu menyaman dan kena saman sudah terlalu ke depan di dalam bertindak.

Ini bukan soal siapa anak jantan. Jika masjid diserbu beranikah Melayu bertindak pantas atau Melayu akan menunggu hasil siasatan dulu sebelum bertindak?

Siapa yang untung dalam soal ni?UMNO? PAS? Kedua-duanya tidak kerana yang untung adalah pihak yang sedang melaksanakan apa yang telah dirancangkan.

Gua sekadar tak mahu Melayu jadi bangang!!!!!

Cukuplah Melayu bertegang leher dalam isu arak dan isu kalimah Allah. DAPigs senyum lebar tengok gelagat Melayu

Tuesday, August 16, 2011

Papagomo mungkin kena saman?

Khabarnya Khalid Samad mahu menyaman blogger Papagomo. Video oleh Agendadaily.com di bawah jelas menerangkan hasrat Khalid Samad tersebut.