Wednesday, February 22, 2012

Blogger tampar blogger



Jika kita katakan blogger kita ada yang pendek akal tentulah ada yang bakal melenting kerana bila sudah merasakan 'dunia ana yang punya' dan kepala jadi sebesar Gunung Ledang, fikiran jadi pendek dan terkadang nampak keterlaluan.

Umum sudah mengetahui, PRU ke 13 sudah terlalu hampir untuk dilaksanakan dan sebagai blogger yang mendakwa cenderung kepada BN, anda seharusnya sudah siap siaga untuk 'bersama' dalam menghadapi detik yang paling sukar dalam sejarah pilihanraya BN.

Semakin hampir kepada detik PRU 13 yang selama ini dijadikan matlamat perjuangan bloggers, semakin celaru pula minda segelintir blogger. Jebat tidak menyatakan semua terguna pakai kepada keadaan ini, tetapi tentulah blogger se-entario maya faham siapa yang Jebat maksudkan.

'Kau lempang aku, aku pijak kau' itu antara ayat yang sesuai buat kecelaruan dan cakar mencakar antara beberapa orang blogger beberapa hari ini. Susah sangatkah hendak menyokong tindakan sesama kita? Benar, dalam perjuangan akan ada pelbagai pendapat dan pendekatan, tetapi janganlah sampai bercakar sesama sendiri sehingga kita tidak dapat 'bersama' di dalam menghadapi sebarang kemungkinan.

Saling kenal antara mereka sepatutnya menjadikan apa jua kemelut yang dihadapi diselesai,dirunding dengan secara bersemuka. Kalau pada masa air tenang boleh duduk semeja minum teh tarik mengapa pula dalam keadaan sekarang tidak boleh dibuat perkara yang sama?

Kedua-dua pihak sila ambil pendekatan segera untuk menyelesaikan keadaan ini. Jangan kerana kemelut yang tak sepatutnya tercipta ini, BN pula yang tersadung kaki menyembah bumi. 

p/s: JEBAT KATA: JANGAN JADI TUA TIDAK BERAKAL

1 comment:

  1. bro,
    gua lihat elemen kesepaduan dan kesepakatan langsung tidak dimiliki oleh kaum kerabat bro. apa yang ada barangkali kepentingan bersama ! bro, lu nasihat mereka supaya ada etika sedikit semasa menulis.

    ReplyDelete