Tuesday, February 14, 2012

Jangan ganggu urusan rumahtangga orang lain



Kashgari berasal dan rakyat negara mana? Kesalahan yang beliau lakukan berhubung suatu bentuk penghinaan kepada junjungan besar SAW adalah suatu kesalahan yang mendesak supaya beliau diambil tindakannya sejajar dengan agama anutannya, Islam tanpa mengambil kira beliau berasal dari negara mana.

Jika orang bukan Islam sekalipun yang menghina Rasulullah boleh membangkitkan kemarahan umat Islam, kesalahan Kashgari yang beragama Islam tentulah melonjakkan lagi darjah kemarahan umat Islam.

Menyentuh kepada hubungan diplomasi 2 negara, Malaysia tidak punya banyak pilihan selain dari 'memulangkan' Kashgari ke negara asalnya. Adakah kita akan terus memukul anak jiran kita yang bergaduh dengan anak kita tanpa merujuk atau menyerahkan urusan itu kepada ibu bapanya? Jika pendekatan ini yang kita ambil tentulah keadaannya akan menjadi lebih buruk yang mengakibatkan persengketaan di antara ibu bapa kita dan ibu bapa pihak yang satu lagi.

Jika pihak yang kononnya memperjuangkan hak kebebasan manusia berkata tindakan kerajaan Malaysia 'memulangkan' Kashgari sebagai tidak menghormati hak Kashgari bagaimana pula hak kerajaan Arab Saudi terhadap rakyatnya dan bagaimana pula hak kerajaan Malaysia untuk menghormati kerajaan Arab Saudi?

Apakah kita perlu 'menyelamatkan' seseorang yang bukan merupakan rakyat kita yang hasilnya tentulah akan membantutkan hubungan dua hala Malaysia-Arab Saudi?

Apakah kerajaan Malaysia harus 'merugikan' hubungan dua hala yang sedia terjalin dengan Arab Saudi untuk 'menyelamatkan' individu yang sememangnya melakukan kesalahan yang tidak dapat diterima oleh umat Islam se-enterio dunia?

Siapa yang tidak marah jika 'apa yang ada di dalam kain isterinya ingin diintai orang lain'.

3 comments:

  1. Doktor pun ... kaki pun dipotong kerana kecing manis ... utk selamat kan nyawa.

    Inikan pula ... remaja yg besar kepala ... selamatkan negara dan umat lebih penting.

    ReplyDelete
  2. Di akhbar Straits Times Singapura hari ini (14th Feb)mengatakan PKR vice-presiden N Surendran, "Kashgari adalah mangsa penghukuman politik oleh Saudi. Kashgari dan beberapa pergerakan pemuda telah menyokong Rusuhan Syria." Kenapa si keling PKR ni sebuk sangat hendak menyebelahi Syria? Kaum Kanan Peguam untuk Kebebasan (Lawyers for Liberty) sudah melanggar undang-undang keadilan, mereka sepatutnya tidak boleh masuk campur dengan politik Arab Saudi. Ini akan mencetuskan peperangan ugama, bangang betul peguam-peguam ni, mereka cuma nak mengumpulkan kekayaan wang dari pembelaan sahaja.
    Adakah Menteri DN mesti tunduk kepada si peguam-peguam samseng ini?
    Yang menyusahkan kerajaan Malaysia adalah si Kashgari ini, memang bijaklah Kashgari dihantar kembali ke Saudi Arabia.

    ReplyDelete
  3. ini bukan soal hubungan antara negara. Ini soal menghina Kekasih Allah. Sepatutnya tak sempat jejak bumi Malaysia si penghina Nabi SAW ni. Malangnya negara kita tak ada hukuman mati, jika tidak tak perlu hantar ke Riyadh. kita haramkan kaki anjing ni pijak bumi anbiya. Musuh Rasulullah SAW adalah musuh umut Islam. Semuga Riyadh pancung dia dikhalayak. Kafir harbi tidak akan menyokong sehingga kita ikut mereka. Jangan kita sempitkan kasih kita kpd Rasulullah atas sebab parti.

    ReplyDelete