Monday, February 13, 2012

Lagi-lagi Valentine



Jangan salahkan penguatkuasa agama kalau terpaksa bertindak tegas kepada umat Islam di Malaysia yang meraikan Hari Valentine. 

Saban tahun isu umat Islam Malaysia yang meraikan Hari Valentine terpaksa diingatkan kepada umat Islam Malaysia. Jika benarlah ada yang mendakwa bahawa mereka sudah matang, maka sematang itu jugalah seharusnya mereka bijak membedakan mana yang mengikut hukum dan mana yang tersasar.

Semaju mana sekalipun kita, haruslah sentiasa diingat bahawa hukum Islam bukanlah sesuatu yang lapuk dan boleh terhakis mengikut peredaran zaman. Jangan pula kita mengikut tingkahlaku orang yang memperjuangkan isu-isu kebebasan seksual.

Adakah terlalu sukar untuk kita tanamkan di minda kita bahawa sambutan Hari Valentine ini adalah suatu agenda yang cukup halus untuk melonggarkan akidah umat Islam?

Jika kemodenan lah menjadi punca kepada isu ini, adakah kelak kemodenan itu akan menjadi perisai kepada jasad yang terbujur kaku?

Sama-sama kita tunggu laporan akhbar esok....

No comments:

Post a Comment