Monday, February 20, 2012

Aspan: Budaya samseng dalil jelas untuk hilang kuasa?



Mungkin saudara Aspan terlupa bahawa di dalam Malaysia parti manakah yang selalu terlibat dengan demonstrasi jalanraya sehingga mencetuskan ketegangan dan merugikan para peniaga. Jika benarlah pendemo tidak melakukan sebarang ketegangan dan kekecohan tentulah para peniaga tidak akan mengambil keputusan untuk menutup perniagaan mereka pada hari kejadian.

Mungkin saudara Aspan juga terlupa bagaimana Puteri UMNO diganggu dengan gangguan seks terlampau (tunjuk kemaluan) semasa pilihanraya kecil tempoh hari. Mungkin juga saudara Aspan terlupa bagaimana orang-orang UMNO dibaling dengan batu dan botol air mineral semasa pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang dahulu. Rasanya saudara Aspan tahu dan sedar hakikat itu tetapi sekadar buat-buat lupa untuk menguatkan hujahnya. Tidak ada apa yang perlu kita hairankan dengan kenyataan saudara Aspan itu kerana tentulah 'masuk kandang kambing, akan mengembek dan masuk kandang kerbau, akan menguak'.

Berhubung kejadian di Sembrong, tidaklah dapat kita meyakinkan bahawa kejadian itu dilakukan oleh Pemuda UMNO seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Dakwaan kadang-kadang boleh menjadi fitnah. Ada yang berkata pemuda yang melakukan keganasan itu membawa bendera UMNO. Alangkah lucu jika kejadian itu benar-benar dapat dibuktikan. Samalah keadaanya jika seorang pencuri yang ingin mencuri awal-awal lagi sudah memberitahu tuan rumah akan hajatnya yang ingin mencuri.

Saudara Aspan di dalam artikelnya meluahkan nasihat kepada pemuda UMNO. Sebagai seorang yang jauh lebih muda daripada saudara Aspan, kita harus mengambil nasihat itu sebagai satu panduan hidup. Tetapi suka jualah kita berpesan kepada saudara Aspan agar memberikan nasihat seperti itu terlebih dahulu kepada ahli yang sama ideologinya dengan saudara Aspan. 

Kita sudah muak dengan segala bentuk provokasi dan kekecohan yang dilakukan oleh orang-orang berdarah hijau, bermata satu dan orang tidak mahu Melayu kekal sebagai Perdana Menteri.Alangkah indahnya jika saudara Aspan mampu menasihati mereka sebagaimana saudara Aspan menasihati kita.

Saudara Aspan mahukan supaya rakyat menolak budaya samseng ini? Dalam hal ini kelakar pula hujahnya. Mengapa setiap kali demo diadakan oleh Pakatan, rakyat harus diseret sama ke jalanraya? Mengapa pelajar-pelajar universiti sanggup ponteng kelas sekadar untuk berarak dijalanraya. Mengapa rakyat diseru untuk menyertai demo yang dianjurkan mereka? 

Tak mengapalah ketam tetap akan kekal sifatnya sebagai ketam dan peribahasa 'seperti ketam mengajar anak berjalan lurus' tidak pernah akan berubah dan dinafikan.

Perlulah dibetulkan sedikit ayat saudara Aspan itu sebagai 'BUDAYA SAMSENG ADALAH DALIL JELAS UNTUK MEREKA YANG KEMARUK KUASA'

Kita tetap hormat saudara Aspan sebagai orang yang lebih tua dan berpengalaman.

2 comments:

  1. bro,

    aspan cakap kalau dia jumpa lu, dia nak lempang muka lu 10 kali....

    tapi dia pun sanggup ditempeleng 100 kali untuk pertahan postingnya!

    ReplyDelete
  2. nama betul aspan apa sebenarnya?

    aspan alias atau aspantat?

    ReplyDelete