Saturday, February 18, 2012

The cat is sitting on the table (dialek Kelantan)



Tidak ada sesuatu yang baru yang diucapkan Hasan Ali malam semalam semasa berceramah di kubu Azmin di Bukit Antarabangsa.

Umum sudah mengetahui, bagaimana HamPAS dikudakan oleh DAPig dan PKR cuma kata-kata yang keluar dari mulut Hasan Ali semalam sekadar mengesahkan bagaimana HamPAS menjadi kuda tunggangan DAPig dan PKR.

Suatu ketika dahulu, Jebat pernah mengutarakan bagaimana dengan menumpang HamPAS, PKR sudah berjaya mendapat kerusi di Kelantan. Kalau hendak dikira kekuatan PKR dan DAPig, politik Malaysia tidak akan jadi sekucar-kacir ini.

Tetapi dek kerana 'buta' mata ahli-ahli dan pimpinan HamPAS, PKR dan DAPig berjaya melebarkan sayap selebar ini. Cuma yang agak pelik bagaimana ahli-ahli dan pimpinan HamPAS gagal membaca pergerakan dan percaturan DAPig? Tidak perlu membuat analisis yang panjang, jika dihitung dari segi usia perjuangan, HamPAS sudah terlalu lama berjuang bahkan tidaklah keterlaluan jika dikatakan HamPAS sudah mampu berdikari tanpa dokongan parti-parti lain seperti PKR dan DAPig.

Sudah berpenggal-penggal HamPAS memerintah Kelantan dan lihatlah sahaja bagaimana jentera HamPAS bergerak tanpa sebarang sokongan daripada jentera PKR jauh sekali sokongan ahli DAPig. 

Mungkin sekadar ketamakkan dan termakan 'gula-gula' Nuar Berahim untuk menjadi kerajaan pusat, HamPAS terpaksa mengagihkan kuasa yang ada pada mereka kepada sekutu yang berusia setahun jagung. Kalaulah HamPAS berpegang kepada peribahasa 'orang tamak selalu rugi' dan tahu erti 'yang dikejar tak dapat dan yang dikendung berciciran' tentulah HamPAS masih berkuasa di Perak.

Melihat kepada kedengkelan fikiran pimpinan HamPAS itulah, PKR dan DAPig tersenyum lebar kerana 'kenderaan' untuk mereka bergerak sudah disediakan oleh HamPAS. Silap percaturan, HamPAS bakal kehilangan kuasa mutlak di Kelantan.

Ada yang berkata, Ku Li dijunjung oleh DAPig untuk menjadi Perdana Menteri jika mereka berjaya menang di dalam Pilihanraya. Jika benarlah perkara itu terjadi, nampak jelas Kelantan, pintu kubu kuat Melayu bakal terhidang buat DAPig. Siapa pula yang akan menjadi kitol di Kelantan?

Seperti yang dikatakan oleh Hasan Ali semalam, jika Pakatan menang di dalam PRU ke 13, siapa yang akan dinobatkan sebagai  Presiden kepada REPUBLIK MALAYSIA?

Agaknya ramailah orang Kelantan yang kena ke kelas bahasa Inggeris bila Malaysia menjadi sebuah republik? 

'The cat is sitting on the table' (sila baca dalam dialek Kelantan).

2 comments: