Wednesday, January 18, 2012

Menteri mana yang 'pilih kasih' terhadap blogger?



Sama ada para Menteri sedar atau tidak bahawa antara puncanya kegagalan Nasional mencapai majoriti 2/3 di dalam Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu adalah kurangnya pengeksploitasikan terhadap media baru seperti Blog, Facebook dan lain-lain lagi.

Tetapi mujurlah atas kesedaran diri sendiri dan tanpa ada sebarang sokongan dan dokongan penyokong-penyokong tegar Barisan Nasional bingkas bangun untuk mengimbangi kekuatan yang ada pada Pakatan Rakyat di dalam mendominasi penjajahan minda melalui media baru. Alasan utama kebangkitan ini adalah kerana kecintaan dan kepercayaan kepada Barisan Nasional untuk terus menerajui tampuk kerajaan.

Dengan berbekalkan komputer buruk dan peralatan yang serba kekurangan, blogger-blogger pro kerajaan menghambakan diri dan bersengkang mata untuk mencari apa jua fakta di dalam mempertahankan Barisan Nasional. Barang perlu diingat, perjuangan para blogger ini bukan hanya mengkhusus kepada mana-mana individu yang bergelar Menteri tetapi jauh daripada itu adalah untuk kepentingan Barisan Nasional secara keseluruhan.

Alhamdulillah berkat usaha dan kesabaran para blogger akhirnya Barisan Nasional mengakui bahawa kebangkitan para blogger pro-kerajaan sedikit sebanyak menjadi penyumbang kepada penterjemahan minda positif rakyat kepada Barisan Nasional. Lihat sahaja kepada beberapa siri Pilihanraya Kecil betapa para blogger ini berjaya membuahkan kepercayaan rakyat kepada Barisan Nasional.

Benar, ada di kalangan Menteri yang rapat dengan blogger tetapi adakah semua Menteri yang berfikiran bahawa perjuangan blogger harus digerakkan atas kesepaduan tanpa mengklasifikasikan blogger kepada kumpulan-kumpulan tertentu? Mengapa masih ada Menteri yang bersifat pilih kasih kepada hanya blogger-blogger tertentu?

Terbaru, khabarnya ada seorang Menteri yang telah mengadakan pertemuan dengan blogger tetapi agak mendukacitakan apabila hanya segelintir kecil blogger yang dijemput untuk hadir di dalam perjumpaan itu. Alasannya ialah pegawai Menteri yang menguruskan perjumpaan itu berkata ada gred-gred di kalangan blogger? Perjumpaan pertama adalah untuk blogger bergred C dan kemudian akan diadakan perjumpaan dengan blogger bergred B dan akhirnya A. Kegilaan apakah yang sedang berlaku?

Kejadian ini menyebabkan sedikit rasa 'terguris' di kalangan blogger seperti Rocky Bru, Just Read, Outsyed the Box, The Antics of Husin Lempoyang dan lain-lain yang sebelum ini turut memberikan sokongan kepada Menteri berkenaan kerana nama mereka seakan terpinggir sehingga tidak diundang ke perjumpaan itu. Rocky sendiri sebenarnya tidak bersetuju bahawa perlu ada gred di kalangan blogger. Menyedari kepada rasa kurang senang blogger-blogger ini telah menyebabkan pegawai Menteri tersebut telah berusaha untuk mengadakan pertemuan dengan blogger-blogger ini. Khabarnya, blogger-blogger ini sudah memberi kata  untuk tidak akan hadir ke pertemuan itu.

Adalah tidak adil jika kita hanya menyalahkan Menteri berkenaan tetapi kita harus mengambil kira 'kebutaan' pegawai Menteri berkenaan di dalam menguruskan perjumpaan itu. Adakah pegawai itu kenal dan arif dengan dunia blogging? Untuk pengetahuan semua, ada seorang pegawai Menteri yang berjawatan Pegawai Khas Media Baru tetapi sebenarnya tidak tahu langsung berkenaan media baru sehinggakan untuk membangunkan sebuah blog juga beliau tidak tahu.

Nasihat kepada Menteri berkenaan, tolonglah mencontohi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan beberapa Menteri yang acap kali mengadakan perjumpaan dengan blogger tanpa membahagikan blogger kepada kelas-kelas dan gred-gred tertentu. 

Tidaklah perlu dirisaukan tentang imbuhan untuk berjumpa blogger-blogger ini kerana itu bukanlah perkara pokok tetapi cukuplah sekadar dengan menunjukkan rasa penghargaan kepada blogger-blogger. Tentunya rasa lelah dan jerih blogger-blogger ini sedikit lega apabila diri rasa dihargai.

Bayangkan sahaja, jika nama-nama besar seperti Rocky, Just Read, Outsyed the Box dan lain-lain lagi boleh terpinggir apa pula nasibnya dengan blogger-blogger nyamuk seperti Jebat, Politikputramerdeka,Garamanis, Waadat, Malay Delima,Braveheart dan ramai lagi? Tentulah tidak langsung wujud dalam kamus Menteri berkenaan.

Orang Melayu kaya dengan adat dan budi bahasa dan budi bahasa itulah yang ditagih oleh kami. Bukan imbuhan dan kaya raya yang kami idamkan tetapi cukuplah sekadar SUATU PENGHARGAAN dan BERJABAT TANGAN.

No comments:

Post a Comment