Monday, January 30, 2012

Beza manusia dan kambing



'Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau, menguak'. Itu antara pesanan orang-orang tua kepada kita agar bijak menyesuaikan diri dengan keadaan dan masa.

Jika bijak membawa diri dan bijak pula menyesuaikan diri, insyaallah ke mana pergi akan selamat dan dihumban ke laut pasti menjadi pulau.

Bila berhadapan dengan rakyat Malaysia,  harus berkata bahawa bumi Palestin harus dipertahankan dari ancaman dan kerosakkan yang disebabkan rejim Zionis Yahudi. Itu cakap kambing bila mengembek.

Bila berhadapan pula dengan rejim Zionis Yahudi,  harus pula berkata menyokong segala bentuk usaha mempertahankan Israel. Ini pula cakap kerbau.

Sebodoh-bodoh kambing dan kerbau, kedua-dua binatang itu tetap dengan prinsip makan rumput dan inilah prinsip yang membedakan antara kambing, kerbau dan manusia kerana keinginan dan akal manusia sering kali dikawal nafsu.

Lambat laun, manusia pula akan kekal di dalam kandang kerana sibuk memikirkan dan keliru sama ada mahu bercakap seperti kambing atau kerbau.

Jadilah manusia yang berprinsip jika tidak anda akan menjadi lebih teruk dari kambing dan kerbau!!

2 comments:

  1. tuhan nak tunjuk siapa yang menyokong yahudi
    dulu kutuk kerajaan pasal Apco
    lah ni dia sendiri yang kantoi
    bawa bertaubatlah apalah nak dikejar pada dunia yang sementara ini. umur pun dah senja tak tahu bila kan menemui ajar. buatlah sesuatu yang mendatangkan kebaikan kepada ugama,bangsa dan negara. jangan huru-harakan negara

    ReplyDelete
  2. Bro, update bro... Keep on writting bro! So many....to elaborate man!

    ReplyDelete