Monday, January 16, 2012
Tanyalah Hasan Ali siapa 'parasit'
Heboh seluruh dunia maya dan realiti dengan dakwaan dan pendedahan yang dilakukan oleh Hasan Ali kononnya wujud golongan parasit di dalam PAS sehingga membawa kepada pemecatan beliau. Kalau ikut kepada resam 'parasit' sifatnya tentulah menumpang dan akhirnya menumbangkan objek yang ditumbangkan. Anda hairan jika Hasan Ali berkata tentang soal 'parasit' di dalam PAS?
Sebenarnya TIDAK ADA APA YANG PERLU DIHAIRAN DAN DIGEMPARKAN dengan istilah parasit yang diperkenalkan oleh Hasan Ali. Sebabnya cukup mudah, jika tidak mahu bertanya kepada rakan taulan anda tanyalah pada diri anda diri sendiri. Apakah sumbangan PAS di dalam soal pembangunan negara? Apakah sumbangan PKR di dalam soal pembangunan negara dan apakah sumbangan DAP dalam soal pembangunan negara?
Pakar-pakar belit dalam kelompok Pakatan pasti akan berkata mereka akan menyumbang kepada pembangunan negara jika mereka menjadi kerajaan pusat di Putrajaya. Boleh sahaja kita mengecilkan skop kepada negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan. Apakah sumbangan besar yang telah mereka lakukan untuk pembangunan negeri tersebut?
Berapa banyak bantuan dan projek yang kerajaan pusat salurkan kepada kerajaan negeri? Adakah program BR1M tidak dilaksanakan di negeri Kelantan? Adakah bantuan persekolahan 100 ringgit tidak dilaksanakan di negeri Selangor? Dan pelbagai lagi projek kerajaan pusat yang dijalankan di seluruh Malaysia tanpa menganaktirikan negeri-negeri di bawah pentadiran kerajaan Pakatan.
Kalau yang bijak peribahasa selalu berkata 'lembu punya susu, sapi dapat nama' samalah jua dengan istilah parasit yang diperkatakan Hasan Ali. Barisan Nasional punya projek orang lain yang cuba mendapat nama.
Tanyalah kepada Hasan Ali sama ada beliau bersetuju jika dikatakan bukan hanya PAS yang bersifat parasit tetapi sesungguhnya seluruh Pakatan bersifat parasit.
Mungkin Adam Adli dan mahasiswa yang berdemo di hadapan UPSI tempoh hari boleh menterjemahkan dengan jelas maksud parasit. Siapa yang menumpang dan siapa pula yang cuba menumbangkan objek yang ditumpang.
Kalau bertanya pada orang kampung mungkin mereka tidak tahu kepada istilah parasit yang dikatakan oleh Dr Hasan Ali tetapi kalau disebutkan perkataan 'pokok api-api' tentu semua orang kampung akan mengakui betapa bangsatnya sifat pokok api-api itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment