Thursday, January 19, 2012

MINDEF, ratu cantik,doktor dan bomoh



Apa perlu atau tidak kita mengucapkan tahniah kepada Menteri Pertahanan, Datuk Zahid Hamidi di atas ruang dan pintu yang dibuka kepada ahli-ahli Parlimen Pakatan untuk turut sama membincangkan hal pembelian alatan keselamatan negara?

Sebelum ini, Zahid telah memberikan ruang yang secukupnya kepada Guan Eng untuk merasakan sendiri keupayaan Scorpene dan apakah kebaikan yang telah Guan Eng umumkan kepada rakyat di luar berhubung kekhilafan mendakwa kapal selam itu tidak boleh menyelam?

Dan terbarunya ruang diberikan kepada Tony Pua, Saifuddin dan Dr. Zul untuk masuk ke dalam MINDEF bagi mendengar sendiri penjelasan dari Ketua Setiausaha Kementerian dan pegawai-pegawai tinggi tentera berhubung hal pembelian kapal tempur.

Perlulah diingatkan di dalam konteks ini bahawa MINDEF adalah ibarat seorang perempuan yang menyertai pertandingan ratu cantik di mana ada sessinya ratu cantik dikehendaki untuk memakai bikini untuk diadili. Benar, bakal ratu itu perlu diadili tetapi walaubagai telus sekalipun sebelum menobatkan perempuan itu sebagai ratu cantik masih ada ruang dan bahagian badan perempuan itu yang perlu ditutup kerana ianya haram untuk dilihat oleh mereka yang bukan muhrim atau suaminya.

Samalah halnya dengan MINDEF, setelus mana sekalipun prestasi yang ingin ditonjolkan masih ada sedikit ruang yang semestinya menjadi rahsia kerana rahsia itu adalah ibarat 'kemaluan' perempuan tadi yang mesti ditutup kerana ianya melibatkan hal keselamatan negara.

Perihal 'kemaluan dan rahsia' ini adalah suatu aspek yang perlu sentiasa dijaga rapi oleh mana-mana kementerian bukan kerana perlunya menjaga mana-mana individu tetapi lebih daripada itu rahsia itu perlu dijaga untuk kepentingan dan keselamatan negara.

Kita mahu penghormatan yang diberi kepada ahli-ahli parlimen Pakatan itu boleh menjadikan mereka sama darjatnya dengan 'doktor' yang profesional di dalam tugas mereka tanpa mendedahkan apa-apa yang rahsia. Sekiranya ianya didedahkan anggap sahaja ianya sebagai tindakan seorang bomoh yang bergelar BOMOH CABUL.

No comments:

Post a Comment