Friday, January 6, 2012

Tolong jangan buat rakyat keliru



TERGAMAM. Itu perkataan yang paling sesuai Jebat katakan apabila mendengar berita TV 1 sebentar tadi. Betulkah PDRM memberikan kebenaran untuk geng 901 berhimpun pada Isnin ini?

Jika mendengar kepada laporan itu, PDRM dikatakan memberikan kebenaran itu dengan mengenakan syarat kepada geng 901 untuk memastikan ahli mereka tidak menimbulkan kekacauan dan berhimpun secara aman. Soalan Jebat, bolehkah syarat ini dipenuhi?

Dua kemungkinan. Pertamanya, jika Nuar di dapati tidak bersalah mungkin perhimpunan itu akan menjadi sejuk-sejuk sahaja. Keduanya, bayangkan apa akan terjadi jika Nuar di dapati bersalah? Bolehkan geng 901 ini menjadi sejuk-sejuk sahaja?

Bukankah memberikan kebenaran kepada perhimpunan ini akan menyebabkan jumlah kedatangan geng 901 yang berlipat ganda kerana mereka sudah tahu bahawa mereka tidak akan dinaikkan ke dalam Black Maria?

Jebat semakin tidak faham dengan keadaan. Bukankah sudah banyak laporan polis yang dibuat oleh orang ramai yang membantah perhimpunan 901 itu diadakan?

Entahlah, Jebat sudah semakin keliru dan Jebat pasti ramai di luar sana juga keliru.

Mungkin kita ingin menunjukkan dan membuktikan kita telus tetapi Jebat seakan tidak yakin bahawa syarat itu akan dipenuhi kerana kita sudah banyak kali dihempap dengan keadaan 'sebaik mana kita lakukan, kebusukkan juga mereka perkatakan'.

Apapun kita mohon PDRM mengawasi segalanya dengan sebaik mungkin.

3 comments:

  1. Kalau benar seperti dikata diharap pihak Polis dapat mengawal keadaan dengan sebaik mungkin.Bangsa lain sedang bertepuk tangan tengok melayu berperang. Ya Allah selamatkanlah bangsaku dan agama ku...

    ReplyDelete
  2. PDRM NAK MENGAWAL MACAMMANA KALAU SIANG2 LAGI KETUA POLIS NEGARA SUDAH BERI AMARAN PADA ANGGOTA FRU SUPAYA BERLEMAHLEMBUT??!!!!!!!!!.........

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...Allah Maha Berkuasa..itulah kuasa Allah Swt menolong org yg dizalami...dah terbukti..harap semua tukang fitnah kembalilah kepangkal jalan...dan bertaubat..dan memohon maaf...

    ReplyDelete