Wednesday, January 4, 2012
Kita khuatirkan doa Nik Ajis pada 901
Nik Ajis berkata kerajaan harus memberikan ruang kepada para penyokong Anuar Berahim pada 9 Januari ini untuk berhimpun kerana menurut Nik Ajis perhimpunan aman seperti itu terdapat di dalam Islam dengan merujuk kepada solat secara berjemaah di masjid.
Suka tidak suka kerajaan kenalah berikan ruang seperti yang diminta oleh Nik Ajis. Kerajaan kena ingat Nik Ajis bukanlah calang-calang manusia. Beliau penuh dengan karamah dan doa beliau cukup mustajab dan sentiasa di makbulkan. Ingatkah kita pada doa beliau supaya ada yang pecah perut? Biarpun tidak pecah perut tetapi pecah mulut kerana ketawakan doa Nik Ajis. Yang penting pecah.
Kita juga khuatirkan panglima-panglima perang Pakatan yang bukan sahaja tidak berkhatan tetapi bergelar Khalifah. Bayangkan sahaja jika mereka semua berdoa tentulah doa-doa mereka akan dimakbulkan. Kampung Pala boleh lenyap dalam sekelip mata dengan berkat doa Khalifah terulung dari Pulau Pinang itu.
Kerajaan juga harus sedar bahawa Pakatan sudah memiliki para wali yang sangat tinggi karamahnya. Anda kenal siapa Bob Lokman? Keturunan para wali. Tengok tongkat dan janggutnya sahaja sudah kita tahu kealimannya. Siapa yang tahu kalau-kalau tongkat tersebut boleh membelah Laut Merah.
Yang paling tinggi darjat dan doa dari wali-wali dalam Pakatan yang paling kita kagumi ialah Menghidupkan Semula Orang Yang Telah Mati. Mustahil anda terlupa pada keajaiban semasa perhimpunan Bersih tempoh hari. Lihat sahaja bagaimana doa-doa dari alim-alim besar daripada Pakatan yang telah menghidupkan semula orang yang mati pada sebelah paginya tetapi hidup semula pada petangnya. Dan yang terbaru bagaimana, doa mereka boleh menahan orang nazak daripada mati di hadapan UPSI. Tidak cukup dengan itu, gigi orang nazak yang dikatakan berterabur itu secara automatiknya terpasang semula. Anda kagum? Jebat lagilah kagum.
Semangat juang seperti Mat Indera tentulah akan menjadi idola mereka pada 9 Januari. Mat Indera adalah pembela dan mereka juga adalah pembela. Kalau Mat Indera membela dari dalam hutan tentulah beliau cukup zuhud tanpa memperdulikan tentang wangi-wangian begitu juga dengan panglima Pakatan yang sudah barang pasti tidak memperdulikan panas terik mentari pada 9 Januari kerana Jebat diberitahu antara doa mereka untuk mengimbangi panas mentari nanti ialah "MAH SEDAP MAH, ABANG TAK BOLEH TIDUR, SENGAJA ABANG TAK CUCI BIAR BAU MELEKAT KAT HIDUNG ABANG.
Berkat air zamzam dari Serambi Mekah yang bersih nanti tentulah akan memudahkan lagi kerja pengawasan pasukan polis. Cuma kita mohonlah kepada Datuk Hisham, Menteri KDN supaya kali ini menambah menu makanan kepada alim-alim besar ini. Kalau dulu kita sediakan nasi beriani kali ini kita tambah pula dengan pizza, Mc Donald, KFC dan apa-apa yang berbentuk ala-carte. Kalau boleh sertakan sekali Special Delivery supaya mudah mereka memesan makanan yang mereka mahukan.
Hebatkan alim-alim besar Pakatan Rakyat. Ada lagi karamah yang masih belum mereka tunjukkan. Bulan sudah menjadi lambang mereka tunggu masa untuk gunakan karamah untuk membelah bulan itu sahaja lagi.
Apakah Imam Mahadi akan turun ke Malaysia nanti atau lari entah ke mana?
Go-Go Papa..Papa Hebat, Papa Manusia Anugerah Tuhan. China Doll pasti sokong Papa.
p/s: Aspan dan Sakmongkol tak mahu turun ke? Jihad tu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ya Allah kau tunjukan lah kebenaran ini, jangan kau hina kami rakyat (Melayu) Malaysia, kami redha, kami inginkan kebenaran, kami pinta keamanan semula negara kami. Hindarkan bangsa kami dari terhina dan terus terjerumus kesuasana huru hara dan tidak terkawal, ya allah tuhan kami kau buanglah mereka ini jauh-jauh dan hindarkan lah manusia durjana kealam yang mereka gemari, janganlah kau libatkan kami dan kami tidak sekali-kali bersubahat dengan manusia durjana ini, kami inginkan anak cucuka mi tidak dinoda kesucian pemikiran mereka kealam pemikiran yang tidak boleh kamu ampuni, ya allah yah allah apakah angka yang mereka gelar Sembilan, Kosong dan Satu itu satu jelmaan Kehebatan Saitan atau itu tanda berakhirnya segala kemungkaran, yallah berilah kami kebaikan didunia dan akhirat, lemparkan jauh-jauh kebusukan ini sejauh tidak terhidu oleh kita lagi,ya allah kau makbulkan lah doa ku ini.. Amin, sila aminkan doa ini jika anda bersetuju. terima kasih..
ReplyDeleteAMIN! SAMA2 KITA BERDOA KBERKATAN DAN KESELAMATAN DARI ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI.
ReplyDeleteSEMOGA ALLAH MELINDUNGI KITA NIAT2 JAHAT PENGHIANAT NEGARA DAN KEADILAN PADA YANG BENAR.
selamat menambah dosa besar...
ReplyDeleteAmin, Amin ya rabbulalamin
ReplyDeletebro, dosa yang lama belum minta ampun lagi, bagaimana bro nak amin untuk orang lain. kenapa bro pergi kaitkan aspan dan si ariff pula untuk berjihad. martabat dia orang tu tinggi kerana seorang tu bakal mb n.sembilan dan seorang lagi bakal mb pak hang. he he he
ReplyDelete"...janggutnya sahaja sudah kita tahu kealimannya. Siapa yang tahu kalau-kalau tongkat tersebut boleh membelah Laut Merah."
ReplyDelete>>> Bukan 'Laut Merah', tetapi, "Selat Melaka".
salam saudara, mohon linkkan blog saya
ReplyDeletelamanizzs.blogspot.com
tq