Tuesday, January 17, 2012

Berilah hak itu kepada Saiful



Ada orang yang bijaksana dalam bidang agama selalu berpesan 'Alangkah susahnya menjadi seorang peguam lebih-lebih lagi seorang hakim kerana bidang kerja itu antara yang berat tanggungjawabnya yang sudah pasti menagih keadilan yang bukan sahaja akan dihitung di dunia malah lebih berat lagi akan dihitung di akhirat kelak'.

Tentunya ada benar dengan ungkapan orang yang bijaksana agama itu kerana kerja peguam membela anak guamnya dan tentulah matlamat akhir adalah untuk memenangi kes yang dibicarakan di mahkamah. Mungkin ada peguam yang tahu bahawa anak guamnya melakukan kesalahan yang dibicarakan itu tetapi atas kapasitinya sebagai peguam mahu tidak mahu dan tidak punya pilihan lain, peguam tersebut harus mempertahankan anak guamnya. Buruk kepada integriti guamannya jika sering kalah di dalam kes perbicaraan.

Natijah daripada itulah, manusia sering terlupa bahawa hukum Islam 'yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah' adalah kemuncak kepada keimanan. Penyakit dinar adalah penyakit yang sering mengalpakan manusia daripada hakikat Qada dan Qadar dan sering membuatkan manusia lupa siapa yang berkuasa.

Kuasa manusia bukan sahaja sebenarnya tidak wujud di dunia tetapi jauh daripada itu tidak pernah wujud di akhirat. Sebagai pelakon yang diamanahkan untuk 'berlakon' apalah kudrat yang ada selain dari hanya mengikut 'skrip'. Sebagai pelakon yang bijak dan berotak mengapa manusia masih lagi lupa untuk membedakan mana skrip yang baik dan mana pula skrip yang menyesatkan. Jika tidak digunakan otak sebaiknya, tidak ubahlah manusia seperti haiwan yang tidak sanggup untuk memegang amanah.

Hak adalah pintu yang membawa kepada keadilan. Jika hak dinafikan maka secara langsungnya keadilan juga dinafikan. Hak untuk membuat rayuan bagi Saiful Bukhari adalah hak untuk mendapat keadilan. Hak adalah anugerah Tuhan sebagai tanda sayangnya Tuhan kepada makhluknya dan sebagai tanda demokrasinya Islam tetapi demokrasi di dalam Islam tidaklah sama dengan demokrasi yang diperjuangkan oleh segolongan manusia kerana sejauh mana pun kebaikan demokrasi, apa yang tergaris di dalam Al Quran tidaklah dapat meninggikan darjat demokrasi yang terpakai di dunia. 

Berilah hak itu kepada Saiful Bukhari kerana hak itu sekadar hak di dunia dan penafian untuk memberi hak itu  sekadar menggambarkan anda sebenarnya terlupa bahawa cerita sebenarnya adalah hakikat pengadilan di akhirat kelak.

Adakah anda takut kepada hak di dunia melebihi keadilan di akhirat?

No comments:

Post a Comment