Tuesday, July 2, 2013

Blogger Just Read mengamuk malam tadi


Hati panas ke bro?

Mengenali sahabat blogger Just Read beliau adalah seorang yang sangat cool. Tidak mudah melenting kerana isu isu kecil dan mungkin sahaja tidak boleh melenting lagi kerana faktor usia dan faktor fizikal.

Tetapi di dalam artikelnya awal pagi tadi, blogger Just Read a.k.a Bujai menggunakan perkataan 'Bloody Fool' sebagai tajuk artikelnya'. Marah benar bunyinya.


Kemarahan blogger Bujai adalah kepada Suaram yang mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan tidak perlu membuat rayuan di mahkamah berhubung keputusan kes Kugan dan menerima sahaja keputusan mahkamah tinggi? 

Kenapa Suaram tak minta sahaja Anwar dan kuncu-kuncunya menerima sahaja keputusan rakyat yang memberi mandat kepada BN untuk terus memerintah negara?

Kerajaan menggunakan saluran yang betul untuk merayu iaitu Mahkamah. Anwar dan kuncunya merayu di mana? Di stadium? Di Padang Merbok? Di Pintu pagar Parlimen?

p/s: Nak dapat awek pun kena merayu kadang-kadang!!

No comments:

Post a Comment