Ayuh sokong kenyataan Siti Zailah untuk memperjuangkan hukum..!!
Buat pertama kalinya Jebat bersetuju dengan apa yang Ahli Parlimen PAS, Siti Zailah Mohd Yusof (Rantau Panjang) katakan. Di dalam sidang parlimen, Siti Zailah ada mengatakan bahawa kerajaan perlu mengenakan etika kepada pemakaian wanita di negara ini.
Beliau juga berkata bahawa pakaian seksi dan menjolok mata adalah penyumbang kepada perilaku gangguan seksual dan rogol.
BENAR. Jebat amat bersetuju dengan kenyataan Siti Zailah. Biarpun seringkali Jebat tidak bersetuju dengan kenyataan hamPAS tetapi apabila yang benar dan menurut hukum tidak ada sebab untuk kita menyangkal hujah itu.
Pun begitu, hujah Siti Zailah itu mendapat bangkangan daripada Wanita DAP yang mengatakan bahawa teguran Siti Zailah itu memalukan kedua-dua jantina, lelaki dan wanita. Biasalah DAP pasti tidak akan bersetuju dengan apa jua hujah yang menurut hukum Islam.
Tetapi hujah oleh Sister in Islam, sedikit menghairankan Jebat.' Wanita tidak seharusnya diajar, diarahkan atau dipaksa untuk berpakaian'. Itu hujah Sister in Islam.
Hello..lupakah pada hukum hakam dalam Al Quran perihal pakaian wanita? Kalau kau nak telanjang, kau telanjanglah sorang-sorang, jangan nak menyisihkan hukum. Tanyalah pada mana-mana suami, ada tak di antara para suami yang mahu 'aset' isterinya diratah oleh lelaki mata keranjang. Kecualilah suami yang tidak ada asas agama.
Benar, bukan semua kejadian gangguan seksual dan rogol berpunca daripada etika wanita berpakaian semata-mata, tetapi pakaian seksi adalah salah satu faktor pendorong utama kepada terjadinya kejadian ini.
Secara ikhlasnya, tanyalah diri anda. Apakah mata anda akan tertarik kepada perempuan berskirt pendek atau berpurdah? Bukankah pandangan itulah yang akan menjurus kepada perilaku seksual?
Kalau anda tidak mahu menutup aurat tolong jangan suruh orang lain berjalan telanjang dan bogel seperti anda!!!
Blogger JUST READ ada huraian lanjut tentang kenyataan Siti Zailah ini.
p/s: Sesekali terfikir bagus jugak berpakaian seperti Mak Lampir. !!! Nak tengok pun tak lalu..Selamat beb..!!
Salah satu sebab adalah pakaian bukan 100%.
ReplyDeleteSaya sokong etika pakaian wanita ini.
Janganlah terlalu menunjukkan yang kita terlalu Islamik tp sbnrnya kurang ilmu & taksub. Pakaian wanita seperti purdah, hijab dsb adalah hak ekslusif ibu bapa/abang (kalau bujang) & hak suami (kalau dah kahwen), bukannya hak kerajaan atau mana2 pemimpin atau parti. Walaupun ia wajib, tp ia adalah diantara individu itu sendiri dgn Allah SWT. Jangan salahkan pemakaian perempuan bila terjadinya kes2 rogol, itu adalah jenayah & adalah salah penjenayah(lelaki) itu 99%. Itulah sbbnya Islam masih dipandang sinis, kolot & mundur kebelakang dimata dunia kerana adanya org2 Islam berfikiran sebegini! Diskriminasi terhadap wanita masih berleluasa di dunia Islam. Bacalah Quran dgn pengertian yang sbnrnya, bukan menyalahkan kaum hawa, padahal kes2 rogol terjadi adalah disbbkan salah lelaki yg kurang ilmu agamanya/didikan agamanya & kurang cerdik mengawal nafsu syahwatnya. Wassalam.
ReplyDeleteSister in Islam pun ramai penyokong LGBT. Harap PAS konsisten nak tegakkan hukum Islam ni... jangan kena tegur dek DAP dah kecut kerandut tarik balik kenyataan.
ReplyDeleteAbih, yang budak skolah bertudung pun ada cikgu/ustaz sapu?? Apa cerrr.....? Its the monster in the man that raped and killed the future of these women! Not how they dressed! Even in the countries where the females are covered from head to toe, there is rape cases!
ReplyDeleteJangan terlalu emosi dalam memberikan komen..pakaian yang menjolok mata adalah salah satu faktor dan bukan 100 %. Jebat tidak mengatakan hanya pakaian satu satunya faktor tetapi ianya salah satu penyumbang..Sebaiknya ikut seperti yang telah digariskan Islam. Tentulah undang undang Islam adalah untuk kebaikan umat manusia..Soal kolot bukanlah istilah terbaik kerana Al Quran adalah pegangan hidup sepanjang zaman. Ada sesiapa yang berani menidakkkan fakta ini?
ReplyDeletefaktor utama ialah kebanjiran pornografi dan nafsu tak terkawal
ReplyDelete