Nampaknya Zahid Hamidi yang menggantikan Hishamuddin sebagai Menteri KDN bukan sekadar Menteri yang pandai cakap dan tin kosong.
Sebaik menjawat jawatan itu, Zahid memberikan peringatan kepada peserta Blackout bahawa mereka akan dikenakan tindakan tegas dan terbukti Zahid telah membuktikan kata-katanya itu bilamana penyalak-penyalak Blackout telah diberkas dan dihadapkan ke muka pengadilan.
Terbaru, penahanan tayangan filem New Village yang diumumkan Zahid jelas membuktikan bahawa Zahid bukan menteri flip flop. Beliau membuktikan bahawa beliau sangat konsisten dalam soal prinsip dan perlaksanaan tindakan.
Kini kita tidak lagi perlu gusar dengan sekadar amaran demi amaran. Anak Melayu Bagan Datoh ini jelas memberikan ingatan kepada mereka yang sering terlupa akan asal usul dan sejarah.
Kini kita ada Menteri yang sering ingat dalam kepala bahawa beliau adalah anak Melayu yang dilahirkan di sebuah negara yang dahulunya dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu.
Huh..PM kena tanya Zahid kot macam mana nak besarkan jiwa Melayu..!!
Alhamdulillah...akhirnya ada jugak pak menteri yang jantan dalam kabinet Nagib le ni. Teruskan usah, kami rakyat ISLAM, MELAYU & BUMIPUTRA Persekutuan Tanah Melayu berdiri dan menyokong 1000% usha YB...tak melayu hilang didunia!!!!!
ReplyDeletedi saat melayu perlukan pemimpin , aku nampak anak melayu inilah yang boleh di harapkan darah kemelayuannya ..Allahu Akbar ..Bangkit bangsaku Melayu demi pertahankan Agamamu , Tanah airmu dan Bangsamu ..
ReplyDeleteSyukur, akhirnya keresahan menanti pemimpin Melayu yang berani dan bertindak untuk mempertahankan keamanan negara telah lahir. Selepas Tun Mahathir aku sering menanti mana suara sepertinya atau sekurang-kurangnya hampir sama dengannya. Alhamdulillah.. sekurang-kurangnya YB Zahid Hamidi dapat membuat aku sedikit lega.
DeleteHarap Zahid dpt gantikan tempat Najib secepat mungkin.
ReplyDeleteYakin YB Zahid masih mengingati perjalanan dari Teluk Intan,Kampung Gajah, Parit dan berakhir di Air Tawar.
ReplyDelete