Gambar ini menjadi saksi bagaimana gerombolan Pakatan bijak mengeksploitasi keadaan.
Keputusan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato Sri Ahmad Shabery Cheek untuk meminta RTM membuat lintas langsung semasa proses pengiraan undi di dalam pilihanraya kecil Kuala Besut adalah satu langkah terpuji kerana ia jelas membuktikan kepada rakyat betapa kerajaan yang ada hari ini adalah kerajaan yang telus di dalam mengamalkan demokrasi.
Tetapi di dalam langkah terpuji itu, Shabery harus ingat bahawa langkah yang akan diambil ini nanti pastinya tidak akan sama sekali memberi kelegaan kepada Pakatan kerana bukan proses pengiraan itu yang salah tetapi hanyalah ketidakpuashatian Pakatan Rakyat kepada keputusan undi yang tidak memihak kepada mereka.
Jebat khuatir jika pada masa lintas lansung itu nanti akan ada unsur sabotaj oleh pihak Pakatan. Bayangkan jika berlaku putus bekalan elektrik pada masa itu tentulah keadaan itu akan dieksploitasi sebaik mungkin oleh Pakatan untuk mengiakan dakwaan mereka berhubung isu Blackout. Tidak perlu lama, andaikan 5 saat sahaja bekalan elektrik terputus Pakatan pasti akan menggunakan keadaan itu sebaik mungkin. Adakah Shabery Cheek tidak kenal siapa Anwar Ibrahim?
Shabery boleh berkata yang beliau akan meminta pihak teknikal bersedia sepenuhnya tetapi mengenali hati budi Pakatan, mereka pasti tidak akan duduk diam menyaksikan kebaikan kerajaan dipertontonkan kepada rakyat. Jika tidak percaya, kita tunggulah bagaimana pula propaganda yang akan mereka mainkan berhubung pengiraan undi secara lintas langsung ini.
Kita sebenarnya tidak mahu kebaikan yang cuba kita tonjolkan akan menjadi senjata makan tuan kerana mengenali hati budi Pakatan, mereka sentiasa menerapkan yang buruk pada mata rakyat terhadap kerajaan waimah jika kerbau bersalin songsang pun mereka akan menyalahkan kerajaan. Adakah Shabery lupa?
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Shabery orangnya baik tetapi yang ditawarkan kebaikan itu orangnya sudah membuat onar berkali kali.
1 + 1 = 2 tetapi jika orang UMNO BN yang menjawabnya tentulah Pakatan akan katakan bahawa jawapan nya adalah 3.
Kita minta Shabery mengambil kira semua faktor sebelum membuat keputusan.!!!
gua link bro
ReplyDelete