Showing posts with label Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Show all posts
Showing posts with label Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Show all posts

Sunday, July 14, 2013

Apahal Bujai marah Shabery Cheek?

 
Jebat suka beliau berhujah tentang Lembu Suci di Perhimpunan Agong UMNO. Cari ilham !!!
 
Kalau tanya Jebat menteri mana yang paling hebat berhujah dan berdebat, jawapan Jebat ialah Menteri dari Kemaman, Dato' Sri Shabery Cheek. Menteri Komunikasi dan Multimedia. Maunya tak hebat, berdebat dengan Anwar Ibrahim. Kau ada? Kata orang sampai berbuih dikerjakan. Kata orang bukan Jebat yang kata.
 
Hari ini sahabat blogger JUST READ membelasah pulak Menteri yang hebat berhujah ni. Kau jangan Bujai, Menteri ni hebat. Sia-sia sahaja nanti.
 
Bujai naik angin pasal kata Bujai dia dah menulis perihal news room RTM yang menjadi agen pembangkang tetapi sehingga ke hari ini tidak ada tindakan diambil. Lah itu pun kau nak naik angin ke Bujai? Sampai berbuih mulutlah kau bercakap Bujai. Menteri yang hebat takkanlah nak mengambil kira pandangan blogger picisan.
 
Lagipun Bujai, kementerian tu lah Bujai. CAME ON lah Bujai, bukan sehari dua kau berurusan dengan kementerian tu. Sendiri mau ingat!!!
 
Tukarlah nama kementerian tu setiap hari pun rasanya style dan cara akan kekal selamanya begitu!!!
 
p/s: Pegawai jangan suka sangat main candy crush..awak tu pegawai kanan Menteri. Aduhai!!!

Thursday, July 4, 2013

Shabery Cheek kena hati-hati..jangan terjerat!!

blackout-undi-513

Gambar ini menjadi saksi bagaimana gerombolan Pakatan bijak mengeksploitasi keadaan. 

Keputusan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato Sri Ahmad Shabery Cheek untuk meminta RTM membuat lintas langsung semasa proses pengiraan undi di dalam pilihanraya kecil Kuala Besut adalah satu langkah terpuji kerana ia jelas membuktikan kepada rakyat betapa kerajaan yang ada hari ini adalah kerajaan yang telus di dalam mengamalkan demokrasi.

Tetapi di dalam langkah terpuji itu, Shabery harus ingat bahawa langkah yang akan diambil ini nanti pastinya tidak akan sama sekali memberi kelegaan kepada Pakatan kerana bukan proses pengiraan itu yang salah tetapi hanyalah ketidakpuashatian Pakatan Rakyat kepada keputusan undi yang tidak memihak kepada mereka.

Jebat khuatir jika pada masa lintas lansung itu nanti akan ada unsur sabotaj oleh pihak Pakatan. Bayangkan jika berlaku putus bekalan elektrik pada masa itu tentulah keadaan itu akan dieksploitasi sebaik mungkin oleh Pakatan untuk mengiakan dakwaan mereka berhubung isu Blackout. Tidak perlu lama, andaikan 5 saat sahaja bekalan elektrik terputus Pakatan pasti akan menggunakan keadaan itu sebaik mungkin. Adakah Shabery Cheek tidak kenal siapa Anwar Ibrahim?

Shabery boleh berkata yang beliau akan meminta pihak teknikal bersedia sepenuhnya tetapi mengenali hati budi Pakatan, mereka pasti tidak akan duduk diam menyaksikan kebaikan kerajaan dipertontonkan kepada rakyat. Jika tidak percaya, kita tunggulah bagaimana pula propaganda yang akan mereka mainkan berhubung pengiraan undi secara lintas langsung ini.

Kita sebenarnya tidak mahu kebaikan yang cuba kita tonjolkan akan menjadi senjata makan tuan kerana mengenali hati budi Pakatan, mereka sentiasa menerapkan yang buruk pada mata rakyat terhadap kerajaan waimah jika kerbau bersalin songsang pun mereka akan menyalahkan kerajaan. Adakah Shabery lupa?

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Shabery orangnya baik tetapi yang ditawarkan kebaikan itu orangnya sudah membuat onar berkali kali. 

1 + 1 = 2 tetapi jika orang UMNO BN yang menjawabnya tentulah Pakatan akan katakan bahawa jawapan nya adalah 3. 

Kita minta Shabery mengambil kira semua faktor sebelum membuat keputusan.!!!

Sunday, June 30, 2013

Alahai RTM..Shabery jom transform!!!

 
 
Hari ini blogger Just Read DI SINI sekali  lagi mengutarakan perihal terdapatnya kuncu kuncu atau dengan lebih tepat lagi agen kepada pembangkang yang dibiarkan bergerak bebas di dalam agensi kerajaan.
 
Sebenarnya, apa yang didakwa oleh sahabat blogger Just Read itu bukanlah sesuatu yang memeranjatkan kerana sejak dari dahulu lagi RTM (Radio TV Malaysia) yang merupakan penyampai kepada dasar kerajaan merupakan antara salah agensi kerajaan yang menjadi sarang terbesar berhimpunnya agen-agen pembangkang.
 
Pihak pengurusan tertinggi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (kini Kementerian Komunikasi dan Multimedia) sememangnya sedar akan kewujudan petualang-petualang ini di RTM tetapi entah mengapa tiada sebarang tindakan yang diambil oleh mereka yang bertanggungjawab. Adakah pihak pengurusan kementerian lebih suka untuk memberikan gambaran yang indah-indah sahaja kepada Menteri?
 
Melalui sahabat-sahabat Jebat yang bertugas di Kementerian itu mendedahkan bahawa memang benar terdapat penyokong totok Pakatan di dalam Kementerian yang sememangnya terkenal dengan sifat lesu dan kelas kedua itu. Sehinggalah ada di kalangan budak penghantar surat dan dokumen mesyuarat merupakan penyokong tegar Pakatan. Mungkin sahaja dokumen dokumen penting itu telah jatuh ke tangan pimpinan Pakatan?
 
Menteri silih berganti buat Kementerian yang sebenarnya antara kementerian yang terkanan di dalam pentadbiran kerajaan tetapi kualiti kerja dan sifat keseriusan kementerian ini terus diperkatakan umum. Sejak daripada dahulu lagi, jika kementerian ini menerima kehadiran Menteri baru, perkara yang akan diumumkan oleh Menteri ialah logo baru RTM dan waktu siaran RTM sama ada waktu siarannya 24 jam atau sekadar 12 jam. Tiada transformasi besar-besaran yang dilakukan untuk 'menaiktaraf' kementerian ini.
 
Kini, Kementerian ini menerima pula kehadiran Menteri baru (sebenarnya kali kedua), Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek untuk menerajui kementerian ini. Ada sahabat memberitahu pada masa Shabery Cheek menjawat jawatan Menteri Penerangan di era Tun Abdullah beliau ada menyebut 'jika hendak mengubah RTM dan Kementerian ini 80 peratus daripada kakitangan kementerian ini hendaklah digantikan dengan muka-muka baru'. Wow..jika benarlah dakwaan ini ternyata betapa seriusnya 'sakit' yang membebani kementerian ini.
 
Sama-sama kita lihat apakah Shabery Cheek akan mampu untuk membuat transformasi besar-besaran kepada RTM khasnya dan kementerian khususnya. Harap-harap Shabery tidak sekadar menukar logo RTM dan waktu siaran RTM. Apa yang kita harapkan Shabery akan dapat merubah persepsi umum terhadap kementerian  ini.
 
Shabery harus ingat ramai di kalangan pimpinan tertinggi ini sudah terlalu usang dan sebenarnya tidak mampu membantu Shabery selain hanya menjadi TUKANG KIPAS'. Semoga Shabery tidak terlena dengan angin kipas usang yang mereput!!
 
p/s: Khabarnya pegawai di pejabat tertinggi kementerian juga sudah mula lesu. Jemputan oleh satu syarikat untuk menjemput VIP di Kementerian itu mengambil masa berminggu-minggu untuk mendapatkan maklum balas. Alahai, benda yang boleh diselesaikan dalam tempoh sejam mengambil masa berminggu-minggu..yeah transform jadi Gaban lah jawabnya.!!!!

Wednesday, June 12, 2013

Cadangan buat Shabery Cheek: Sekat sahaja penggunaan Facebook


Sukalah Jebat  menyarankan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato Sri Ahmad Shabery Cheek untuk mengambil kira asas pertimbangan sesungguhnya sudah wujud kewajaran untuk menyekat pengunaan Facebook di dalam negara kita ini.

Sebabnya mudah, Facebook sudah menjadi platform mengadu domba, menabur fitnah dan pelbagai kegiatan yang tidak sepatutnya berlaku. Rumusan kata, bak kata tajuk debat semasa zaman sekolah 'Facebook membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan' Setuju?Jebat setuju.

Nyatakan apakah yang baiknya dengan Facebook di negara kita ini selain daripada mempertemukan semula teman-teman lama yang terpisah? 

Lihat sahaja bagaimana dewasa ini, gerombolan manusia yang busuk hati mempersendakan agama, menabur fitnah kepada negara, menginjak-injak pembesar negara di dalam Facebook. Adakah sebab itu tidak cukup untuk kita mengambil pendekatan menyekat pengunaan Facebook?

Red Bean Army..bukti jelas bagaimana medium ini telah dieksploitasi oleh pihak tertentu untuk menjahanamkan negara. Apa lagi yang harus kita tunggu?

Tentunya dari segi implikasi politik kerajaan gerun untuk kehilangan undi golongan muda yang menjadi pengguna tegar kepada Facebook. Jebat fikir itu antara perkara yang Shabery sering fikirkan.

Sayugia lah Jebat ingin sarankan. Bahawa sesungguhnya jika niat kita ingin menyekat pengunaan Facebook adalah untuk keharmonian negara, insyaallah Tuhan pasti akan membantu kita. 

Buatlah yang terbaik kepada negara. Jangan pula Shabery merasa gentar kerana lihat sahaja apa yang telah terjadi kepada Perdana Menteri, Segala jenis benda sudah diberikan kepada si mata sepet tetapi mereka tetap tidak mengundi kita, justeru, Shabery harus bijak menggunakan akal dan minda untuk bertindak. Sesekali kenalah tegas. 

Haramkan sahaja penggunaan Facebook kerana niat penggunaannya sudah jauh tersasar daripada yang sepatutnya.

Kalau Shabery tidak percaya, tanyalah kepada orang kuat PKR di Kedah, adakah bukan Facebook yang menyebabkan beliau 'beronani' di hadapan komputer bersama 'gadis' pujaan hati? Hahahahaha...

Sama-sama kita tunggu apa tindakan Shabery Cheek yang petah berkata-kata ini!!!