Sukalah Jebat menyarankan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato Sri Ahmad Shabery Cheek untuk mengambil kira asas pertimbangan sesungguhnya sudah wujud kewajaran untuk menyekat pengunaan Facebook di dalam negara kita ini.
Sebabnya mudah, Facebook sudah menjadi platform mengadu domba, menabur fitnah dan pelbagai kegiatan yang tidak sepatutnya berlaku. Rumusan kata, bak kata tajuk debat semasa zaman sekolah 'Facebook membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan' Setuju?Jebat setuju.
Nyatakan apakah yang baiknya dengan Facebook di negara kita ini selain daripada mempertemukan semula teman-teman lama yang terpisah?
Lihat sahaja bagaimana dewasa ini, gerombolan manusia yang busuk hati mempersendakan agama, menabur fitnah kepada negara, menginjak-injak pembesar negara di dalam Facebook. Adakah sebab itu tidak cukup untuk kita mengambil pendekatan menyekat pengunaan Facebook?
Red Bean Army..bukti jelas bagaimana medium ini telah dieksploitasi oleh pihak tertentu untuk menjahanamkan negara. Apa lagi yang harus kita tunggu?
Tentunya dari segi implikasi politik kerajaan gerun untuk kehilangan undi golongan muda yang menjadi pengguna tegar kepada Facebook. Jebat fikir itu antara perkara yang Shabery sering fikirkan.
Sayugia lah Jebat ingin sarankan. Bahawa sesungguhnya jika niat kita ingin menyekat pengunaan Facebook adalah untuk keharmonian negara, insyaallah Tuhan pasti akan membantu kita.
Buatlah yang terbaik kepada negara. Jangan pula Shabery merasa gentar kerana lihat sahaja apa yang telah terjadi kepada Perdana Menteri, Segala jenis benda sudah diberikan kepada si mata sepet tetapi mereka tetap tidak mengundi kita, justeru, Shabery harus bijak menggunakan akal dan minda untuk bertindak. Sesekali kenalah tegas.
Haramkan sahaja penggunaan Facebook kerana niat penggunaannya sudah jauh tersasar daripada yang sepatutnya.
Kalau Shabery tidak percaya, tanyalah kepada orang kuat PKR di Kedah, adakah bukan Facebook yang menyebabkan beliau 'beronani' di hadapan komputer bersama 'gadis' pujaan hati? Hahahahaha...
Sama-sama kita tunggu apa tindakan Shabery Cheek yang petah berkata-kata ini!!!
Hye jebat... Cadangan menyekat komunikasi facebook bukan 1 penyelesaian, Jika sekat facebook, terdapat banyak sosial media yang akan dijadikan platform untuk menabur fitnah seperti red bean army.. Implikasi yang akan mendatang juga harus difikir panjang contoh serangan dari Anonymous berlaku pada tahun lepas kerana kerajaan Malaysia menyekat beberapa laman web yang dikatakan merosak minda pengguna. Saya bukan dari kalangan red bean army dan saya juga bukan pro pada mana2 politik cuma saya pengguna Internet dan juga pengguna facebook. Kita kena berfikir logik, kesemua yang baik pasti ada buruknya, tetapi akal diberikan jadi gunakan akal untuk melawan dakyah read bean army yang dikatakan telah meracuni pemikiran rakyat. Bagi saya racun dari red bean army mungkin menyumbang kepada peratusan yang tidak banyak, tetapi pihak komunikasi media sendiri yang tidak mengorak langkah untuk melawan mereka2 ini. Jadi kesimpulan disini saya harap Jebat kena berfikir berkali2 untuk mengemukakan cadangan kerana saya percaya ada mata2 yang sedang memerhati,
ReplyDeleteIkhlas dari seorang kawan. :-)