Betul ke ada seorang bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri yang kalah dalam PRU yang baru lalu kini berhasrat untuk menjadi Setiausaha Politik kepada seorang Menteri Kabinet?
Mungkin kerana malu alah untuk memohon supaya dikekalkan untuk terus menjadi Setiausaha Politik PM kerana kalah dalam PRU maka tak ada jalan lain selain daripada menebalkan muka memeohon untuk jadi Setiausaha Politik kepada Menteri tu. Downgrade tu..daripada SUPOL PM jadi SUPOL Menteri..!!
Yelah dah biasa ada pemandu dan kereta rasmi mana boleh nak tahan diri daripada terus ada kemudahan tu. Betullah kata Tun Daim, PM kena pecat penasihat yang tak membantu beliau dalam PRU yang lalu. Setuju sangatlah Jebat kalau ramai orang yang kata ada di antara SUPOL PM dulu lebih mengutamakan diri masing-masing daripada membantu PM.
Kepada bekas SUPOL PM yang nak jadi SUPOL Menteri tu, berilah peluang kepada muka-muka baru. Anda sudah diberi peluang dan anda gagal menjalankan tugas anda dengan baik dan pendekatan anda telah jelas ditolak oleh rakyat di dalam PRU yang baru lalu. Apa lagi yang anda cuba buktikan? Anda perlu buang sifat sombong dan belajarlah untuk senyum!!!
Sudah kalah, kalahlah!!!
p/s: Alamak bekas SUPOL PM ni nak jadi SUPOL kepada seorang Menteri yang lebih kurang sama perangai macam dia..!! Hahaha..Menteri ni pun entahlah macam mana PM boleh jadikan Menteri. Bukan kenang jasa Menteri ni..Pegawai kanan dia dulu pun dia singkirkan selepas dapat jadi Menteri..Ada ke patut!!
SETIAUSAHA POLITIK DS NAJIB DILANTIK
ReplyDeleteDatuk Khairun Aseh dilantik menjadi Setiausaha Politik Perdana Menteri.Datuk Khairun merupakan anak kepada Pengerusi Perbadanan Putrajaya.
Satu perkara yang positif ialah DS Najib tidak melantik semula penasihat beliau yang bertanding di dalam PRU 13 yang lalu. Antaranya ialah Datuk Fatmi Che Salleh, Datuk Abdullah Shafei, Datuk Latt Shariman, Datuk Shahlan, Datuk Mohamad Suffian Awang dan Datuk Wan Farid Saleh. YB Kuala Selangor IM4U aje yang menang di PRU13.
Datuk Khairun, menurut beberapa blog, sedang melobi ahli Permuda untuk bertanding Naib Ketua Pemuda Pusat. Beliau dijangka akan bertanding merebut jawatan daripada Datuk Razali Ibrahim. Penulis tidak pasti bahawa Datuk Razali mahu bertanding atau tidak mahu atau melepasi had umur. Penulis amat gembira kerana Perlembagaan UMNO baru memberi peluang kepada 150,000 ahli seluruh Negara membuat pilihan. Tahniah. Agak sukar untuk merasuah ahli seramai itu melainkan mereka yang betul betul rajin berkerja dan mesra rakyat. Dahulu mereka yang bertanding hanya perlu menjaga 1000-3000 ahli sahaja.
Penulis sarankan Datuk Khairun tidak bertanding jawatan Naib Ketua kerana dikuatiri akan menyalahgunakan kedudukan sebagai SUPol PM mempengaruhi ahli Pemuda lain. Terlalu banyak signal yang akan dipancarkan oleh Datuk Khairun. Takut takut nama PM digunakan untuk memenagkan seseorang. Lagipun kerja SUPol amat berat dan mesti ketiadaan masa menguruskan Pemuda UMNO dan JPM.
Tolong jangan gunakan JPM untuk menang bertanding. Kejap kejap JPM. Ramai juga yang salahguna jabatan kerajaan untuk mencapai matlamat mereka tidak kira baik atau buruk. Contohnya, seseorang ingin menakutkan lawannya yang mereka ada kawan di Bukit Aman atau kawan di SPRM. Ada orang yang ingin menguatkan cerita dengan menyebut kawan SB mengatakan Parti A akan menang dalam PRU walhal PDRM dah katakan PDRM tidak meramalkan kemenangan sesebuah parti politik..
Lihat apa yang berlaku pada Datuk Razali Ibrahim. Terlalu sibok tugasan di Kementerian Belia dan Sukan, di Pejabat Pemuda UMNO, maka logik lah beliau tidak sempat bersama rakyat di Parlimen Muar. (penulis orang Bakri Batu 3 dan selalu makan asam pedas di Parit Jawa dekat pejabat Datuk Razali). Kesibokan tugasan dan ketiadaan masa membunuh karier Datuk Razali. Secara peribadi, penulis pernah mengemel kepada Datuk Razali dan semua penasihat penasihat DS Najib yang kalah itu, tetapi tiada jawaban walaupun dari pembantu atau pencacainya. Padan muka mereka kerana kalah dan hampir kalah kerana mereka layan emel atau sms PM aje. PM kena reda PRU14, Parlimen Muar akan dimenangi pembangkang jika PM simpan orang macam ini. Lihat Parlimen Bakri, DUN Maharani dan DUN Sg Abong. Apa dah jadi?
Nasihat ikhlas penulis kepada PEMUDA UMNO, jikalau bekerja biarlah sampai keakar umbi SETIAP ahli. You orang tahu tidak, boss penulis dahulu, mengenali setiap pekerjanya (panggilan nama) yang ribuan bilangannya. Antara sebabnya kerap berjumpa dan turun padang dan ikhlas berkawan. Ini baru jadi Ketua Pemuda Cawangan dan Bahagian, dah tidak kenal orang.
Sebagai ahli UMNO, penulis menyeru kekawan UMNO supaya tidak memilih Penasihat atau SU Pol atau SU Khas atau Pegawai Khas yang bercita cita memegang jawatan dalam UMNO seperti Datuk Khairun ini (jika betul mahu bertanding).
www.nasirwise.blogspot.com
dh lh pru kalah .mmg DASAR muka x tau malu dn giler kuasa !kalau btol la bekas supol pm ni djdkn supol menteri!ckp banyak.TINDAKAN apa pun tarak!
ReplyDeleteDalam PRU 13 baru-baru ni, UMNO & BN kalah teruk kerana kaum cina keseluruhan nya telah mengundi DAP. Sebab? Mereka telah YAKIN kaum cina akan memerintah Negara. Kaum cina, macamana disogok dengan macam-macam kemudahan dan janji, tanpa sebarang keraguan mengundi DAP. Sekarang ni, orang melayu nak tahu apa perancangan pemimpin dan ahli umno untuk merubah sokongan kaum cina kepada BN. Jangan nak sibuk pasal kepentingan sendiri dan jawatan dalam parti UMNO. Bring your mind to focus on UMNO and BN. Kalau masih nak sibuk pasal kepentingan dan jawatan, lebih baik pergi masuk PKR/DAP. Korang akan pasti disanjung tinggi dengan upah yang tinggi untuk beri ceramah kutuk UMNO. Atleast, banyak duit.
ReplyDelete