Menuju alaf baru? Harapnya bukan menuju kerajaan baru..
Kenapa Husam Musa berani untuk bertanding di Putrajaya?
Kenapa calon HamPAS yang tidak berapa mahir selok belok jalan di Putrajaya berani menentang Ku Nan?
Sebabnya mudah, kerana gerombolan HamPAS ini percaya ramai di kalangan penjawat awam sudah menjadi taik dan beban kepada kerajaan.
Kenapa dan apakah punca ramai penjawat awam menentang kerajaan di kertas undi biarpun segala kesenangan telah kerajaan berikan kepada mereka. Bayangkan rumah semewah kondominium di pusat bandaraya Kuala Lumpur yang sewanya mencecah RM 1000 lebih hanya perlu di bayar RM 300 oleh penjawat awam di Putrajaya tetapi masih menentang kerajaan di kertas undi. Dan banyak lagi kemudahan yang kerajaan telah sediakan kepada penjawat awam. Pendek kata ditatang bagai anak emas.
Di sesuatu kementerian, bossnya ialah Menteri dan Timbalan Menteri termasuk juga orang yang berhak untuk menandatangani voucher, Ketua Setiausaha.
Di sekeliling Menteri pula duduknya pencacai Menteri yang terdiri daripada Setiausaha Sulit Kanan, Setiausaha Sulit, Setiausaha Akhbar, Setiausaha Politik, Pegawai Khas dan lain-lain. Namanya pencacai tetapi ada di antara mereka lagaknya lebih daripada Menteri. Arah sana sini seolah-olah mereka yang berkuasa.
Arah yang Jebat maksudkan, anda semua kena fahamkan sendiri. Boleh sahaja arah untuk membuat kerja bagi pihak bossnya ataupun arah untuk 'kepentingan' dirinya. Segala arahannya perlu diselesaikan dengan secepat mungkin oleh orang bawahan biarpun kadang-kadang arahan itu tidak mengikut prosedur yang sepatutnya. Pintu belakang?
Keadaan ini menjadi salah punca tekanan kepada penjawat awam. Kata-kata seperti 'ribut pun aku tetap dapat gaji' selalu kita dengar di kalangan penjawat awam. Kata-kata ini seolah-olah menjadi pelindung kepada kakitangan awam. Rasa marah mereka kepada pencacai Menteri mahupun Menteri sendiri yang pada mereka akan bertukar setiap 5 tahun diterjemahkan dengan memangkah pembangkang di kertas undi.
Kertas undi menjadi medan untuk penjawat awam melepaskan rasa marah mereka kepada kerajaan. Tekanan daripada pejabat Menteri kepada mereka selama 5 tahun di balas dendam di kertas undi.
Mengapa pula penjawat awam perlu marah kepada pencacai pejabat Menteri mahupun Menteri sendiri? Umum tahu ramai di kalangan penjawat awam malas sifatnya. Masuk kerja jam 8 pagi, 8.30 pagi hingga 9.30 pagi keluar minum. Makan tengahari dari jam 1 petang. Tetapi jam 12 penjawat awam sudah berbondong keluar pejabat mencari makan. Masuknya pula bukan jam 2 petang tetapi dianjakkan pula ke jam 3 petang. Jam 4.00 petang masa untuk penjawat awam minum teh pula. Jam 5 petang penjawat awam balik ke rumah. Anda hitung sendiri berapa jamkah masa sebenar penjawat awam menjalankan tugas.
Pejabat Menteri adalah bahagian yang paling sibuk di sesuatu kementerian. Bayangkan jika si malas terpaksa menerima arahan daripada Pejabat Menteri apatah lagi menerima arahan daripada pencacai di Pejabat Menteri? Arahan itu menyebabkan si pemalas tadi melampiaskan dendam di kertas undi.
Jika hendak dihuraikan lagi punca mengapa penjawat awam menjadi taik kepada kerajaan tentulah banyak faktor-faktor lain tetapi untuk penulisan kali ini cukuplah Jebat menyentuh kepada faktor ini sahaja.
Andalah yang tentukan..sama ada penjawat awam sudah menjadi taik kepada kerajaan atau adakah pegawai di Pejabat Menteri yang sebenarnya menjadi taik kepada Menteri sehingga menyebabkan penjawat awam menghukum Menteri di kertas undi?
Malas dan taik...
Salam. Saya memang penjawat awam. Tapi x menjadi barua PR yang bodoh.. UMNO kena balik check pejawat awam yg pro kerajaan kebanyakan dipinggir dan x naik pangkat yg jd bos yg pro PR. Tolong check buat perubahan segera.sebelum PR 2018. Mampuih .. Makanisme naik pangkat buat temuduga, rujukan personal baru dasar kerajaan dpt direalisasi.. Ni dok bengap lagi ..
ReplyDeleteBetul ler tu,ramai yg dapat naik pangkat Pro Pembangkang.Bukan sembunyi sembunyi lagi.Nasib ler yg duk diam tapi Pro Kerajaan.Jgn kata nak naik gred naik pangkat,mcm dianaktirikan pulak oleh ketua Jabatan yg tidak adil.
ReplyDeletesaya setuju komen di atas. maaf yer majoriti kelantanis memang sokong pembangkang. so nak buat camner. mereka ni bukan golongan sedar diripun.
ReplyDeletedan ada di antara pencacai PR ni tak reti buat kerja...kipassss jer...tambahan bos pun jenis talam dua muka 2x5...
NAJIB LEMAH GILER. pergi ke attorney general office...korang tau ler macam mana situasinya. buang ghani semua selesai bro....
najib administration breeding shits...
Kenapa? Jawapan mudah..sebab ramai orang Kelantan
ReplyDeleteNajib patut sedar orang melayulah yang memastikan dia dapat gaji sebagai pm. Bukan cina.OLEH ITU NAJIB SEPATUTNYA DENGAR, LIHAT DAN AMBIL TINDAKAn keatas kakitangan kerajaan pro pembangkang ni yang mana kita ketahui memang liat buat kerja yang diamanahkan oleh kerajaan. Sepatutnya golongan ini juga patut diboikot sama macam abc dan bcl.
ReplyDelete_ aku totenkopf
orang kelantan memang la.... memilih bulu. dia naikkan orang dia je... orang lain sekadar dipergunakan. sembang je lebih
ReplyDelete