Sahabat blogger Paneh Miang di dalam artikel terbarunya ada mmenulis berkenaan dengan pengenalan lesen memandu yang baru oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Dato' Seri Hishamuddin. Baca di Paneh Miang di sini.
Pada hemat Jebat, cukuplah kita menghentam Hisham semasa di KDN. Benar, sangat diakui bahawa Hisham sangat lemah di KDN. Tetapi khabarnya ada yang terpaksa Hisham rahsiakan semasa di KDN dahulu sehinggakan tindakan yang sepatutnya diambil terpaksa ditangguhkan kerana sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Khabarnya Menteri KDN yang baru telahpun mengetahui sebab mengapaa banyak tindakan yang tak dapat diambil oleh Hisham dahulu.
Jebat yang mendengar penjelasan daripada seorang yang sangat rapat dengan Hisham terkedu apabila mendengar sebab-sebab mengapa banyak tindakan yang tak dapat diambil oleh Hisham dahulu.
Kalau dilihat dengan mata kasar tentulah kita akan mudah melenting apabila Hisham tidak mengambil tindakan yang pada hemat kita sepatutnya diambil tetapi apabila menyedari akan fakta yang mengapa tindakan itu tidak boleh diambil Jebat hanya mampu menganggukkan kepala dan berkata PATUTLAH HISHAM DIAM SAJA.
Orang yang rapat dengan Hisham itu berkata Hisham sendiri tersepit dengan keadaan sehinggakan Hisham terpaksa menelan apa jua cacian yang kita lemparkan pada beliau.
Tak mengapalah. Semua di antara kita ada sebab dan hujah. Biarkan lah.
Tidak ada salahnya dengan artikel sahabat blogger Paneh tetapi dakwaan seolah-olah wujud pengkayaan kroni oleh Hisham untuk pembuatan lesen memandu yang baru itu adalah sesuatu dakwaan yang amat berat.
Mungkin sahabat Paneh Miang ada hujah dan bukti tertentu yang kita sendiri tidak ketahui.
Pada Jebat, Jebat mahu menilai kemampuan Hisham di MINDEF dan Kementerian Pengangkutan. Jika benarlah Hisham tersepit dengan keadaan semasa di KDN tentulah beliau sekarang sudah bebas.
Dan kebebasan itu seharusnya digunakan oleh Hisham untuk membuktikan bahawa beliau selayaknya bergelar MENTERI.
Sama-sama kita lihat.
Menteri amaran kena beri perhatian..pengunaan No Plate Palsu, Betul betul menyusahkan takyat, gubal undang2 yg tegas, setakat saman tak menjadi kudis..sebab saman tak akan di bayar pun. Isu cermin gelap melampau, lampu depan warna hujau, merah biru, kereta dan motor mengunakan lampu kelip mcam polis..Yg untung peniaga geng Ah Gib Ghor akan Najib juga. Tegas la, JpJ dan Polis wajar mendidik pemandu bukan menyaman, ada pemandu yg bebal pandau pelahan di lorong sebelah kanan mcm jalan gu bapak dia yg buat, dan ada yg masih bebal hujan lebat tak bukan lampu besar, dan dan magrib pun meka buat bebal aja. meka ak fikirkah penglihatan pemandu bukannya sama..So buat lah mcm Indonesia No plate d keluarkan oleh kontrektor bertauliah, lah ni 10 kereta 10 dtail no yg dapat kita lihat..Jangan memberi amaran lagi, Lesrn baru tu menguntngkan puak meka aja..kroni meka tak gitu
ReplyDelete