Wednesday, June 19, 2013

Husam kata 'mati syahid' PDRM haramkan himpunan? Apa kes?


Adakah begini keadaannya di Padang Merbok? Mati katak?

Calon HamPAS yang kalah semasa bertanding di kawasan Parlimen Putrajaya di dalam PRU ke 13 yang lalu, Husam berkata jika ada di antara peserta yang 'terkorban' semasa menyertai himpunan haram Blackout 505 di Padang Merbok maka dikategorikan sebagai mati syahid. Itu fatwa Husam.

Terkini, PDRM pula bertegas untuk bertindak mengharamkan perhimpunan itu sejajar dengan keputusan DBKL yang tidak memberikan keizinan untuk perhimpunan itu diadakan di Padang Merbok   kerana menurut PDRM selaku 'tuan rumah' DBKL berhak membuat keputusan. Itu asas pertimbangan PDRM.

Justeru, jika ada sesiapa yang 'terkorban' semasa menyertai perhimpunan itu maka anda klasifikasikanlah sama ada 'korban' itu sebagai 'mati syahid' atau 'mati haram'?

Jangan ambil risiko untuk menyertai himpunan gila itu kerana jelas jika terkorban di dalam perhimpunan itu anda sebenarnya 'mati haram' atau 'mati katak'. Ini fatwa Jebat.

p/s: Apakah tindakan Menteri KDN kita yang baru agaknya?

2 comments:

  1. Tak tahulah Husam ini belajar Ugama Islam kat mana? Takkan perkara asas begini pun tak tahu. Saya sarankan kepada Parti PAS supaya Tarbiahkan pengikutnya. Jangan buat fatwa yang bukan-bukan. Tapi susah juga nak kata ,sedangkan Tuk Guru Nik Aziz juga begitu. Tak tahulah apa lagi nak kata...

    Fikir-fikirkanlah.

    Saat Jais
    www.treat-cure.com
    http://saatjais.wordpress.com

    ReplyDelete
  2. Inilah strategi Anwar Dajjal untuk membakar semangat puak
    PAS untuk melakukan tindakan ganas supaya reaksi pihak PDRM
    nanti akan dituduh bertindak ganas keatas mereka ... trick lama
    la !!!!

    ReplyDelete